Ahad, 27 Disember 2020

#Rakyatjelata @MALAYSIA.

Apakah mungkin ini adalah tajuk terakhir, hanya Allah yang Maha Tahu.  Blog ini dilahirkan hanya semata-mata menulis IHLAM ALLAH, selama mana Khalifah menerima dan diturunkan IHLAM oleh Allah.


Memang selama beberapa tahun semenjak 1957 #Rakyatjelata Negara Malaysia hidup aman damai dalam pelbagai kaum dan agama.  Malah dapat pujian oleh pelbagai Negara lain sebagai TERBAIK dan CONTOH kepada Negara lain.  Begitulah Negara Malaysia selama mana UMNO/BN Memerintah.


Namun #dhini Negara Malaysia merupakan Satu Negara yang JELAS begitu JELEK dimata dunia dalam ARENA BERPOLITIK.  Apa tidaknya semenjak UMNO/BN tewas pada PRU14 9 Mei, 2018,  Kemelut POLITIK Malaysia berpanjangan sehingga ke hari ini dan terlalu SULIT diperbaiki? Apabila Para pemimpin masing-masing BERTEGANG URAT mempertahankan KEWIBAWAAN dengan pelbagai kata-kata MANIS padahal telah banyak terbukti sekadar IGAUAN KEMUNAFIKAN BESAR menzalimi #Rakyatjelata. 


Hari ini #Rakyatjelata tanpa tak SEDAR selama ini dah tertipu, cuma yang paling menghairankan, mengapa mereka masih memuja Para Pemimpin sebegini?  Maka ini paling JELAS menunjukkan bahawa #akhirzaman begitu hampir apabila perpecahan dikalangan Umat Islam sukar dibendung lagi, bukan sahaja di Malaysia malah seluruh Dunia Islam.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan