Pelbagai masalah Khalifah hadapi sejak perjalanan ISRA 1990, bilamana Khalifah ENGGAN menerima Perintah Allah. Sehingga akhirnya turun SUARA mendatangi Khalifah sehingga Khalifah menjadi GILA dibuatnya, sambil diperhati orang CAKAP SENDIRI. Pantas Khalifah dimasukkan ke Hospital Mesra Bukit Padang kerana dikatakan GILA! gambar hanya kiasan>>>>>>
SUARA itu adalah merupakan IHLAM ALLAH menyampaikan pelbagai PERINGATAN samaada membuat Khalifah GEMBIRA, BERSEDIH atau MARAH atau GERAM/RIMAS. Sehingga pada satu malam Khalifah bertemu dengan seseorang berpakaian agak luar biasa (Tak pernah melihat cara berpakaian seumpama itu)
Dia perkenalkan dirinya sebagai "Akulah Imam Al-Mahdi".
Pelbagai cerita dikhabarkan kepada Khalifah sehingga bilakah masanya DIA akan muncul dan dimana tempatnya. Sebelum pergi DIA berpesan...."sebagai seorang sahabat, Aku tinggalkan benda ini buatmu sebagai pemberian dari Allah, dan jaga ELOK-ELOK sehingga kita ketemu lagi. Engkaulah sahabatku yang PERTAMA." ketika Khalifah menyambut pemberianya, DIA berkata "Rahsiakan benda ini dari pengetahuan sesiapa pun termasuk anak isterimu" Sebaik Khalifah menyambut pemberian itu, DIA pun menghilang sekelip mata.
Yang paling Khalifah INGAT hingga hari ini, DIA berkata "apabila ada satu tahun di Bulan Ramadan segala amalan Umat Islam hanya SIA-SIA selama 2 tahun berturut-turut...."maka Khalifah teringat tahun 1441H & 1442H ternyata Umat Islam mengerjakan Amalan Puasa dilanda Virus #Covid19.
"Jika ianya terjadi, maka janganlah Engkau merasa TAKUT biar terpaksa kehilangan NYAWA menyampaikan "KEBENARAN" Demikian pesananNya yang paling AFDAL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan