TIDUR dibuai MIMPI NGERI>>>>gambar hanya HIASAN tiada kena mengena dengan jalan cerita.....?
Malam itu Khalifah tertidur tanpa merasa lelah seperti hari-hari kebiasaanya. Setiap masuk waktu nak tidur khalifah merasa lelah, tapi tidak malam itu. Malam itu Khalifah merasa cukup tenang dan tiba-tiba tertidur dan dalam tidur itu Khalifah bermimpi berada disuatu NEGARA yang tak pernah dilihatnya sebelum ini. Negara itu pesat membangun dengan pelbagai KECANGGIHAN TEKNOLOGI. Namun apa yang membuat Khalifah agak terkejut bilamana disana-sini penduduk Negara itu bertempiaran melarikan diri dalam ketakutan. MENGAPA?
a) Tiba-tiba muncul seseorang yang begitu GANAS mahu memakan setiap orang dengan RAKUS tanpa merasa kenyang dan berterusan mencari mangsa mahu dimakan.
b) Dalam satu lagi adengan seekor RAKSAKSA meruntuh semua bangunan dengan BENGISNYA tak kira sekukuh mana pun bangunan itu pasti akan diruntuhkan sehingga ranap sama sekali.
c) Ketika para penduduk Negara itu menyelamatkan diri seorang bertanya? Kemana lagi kita nak lari? Sedang hampir semua tempat sudah tak selamat. Tiba-tiba tanah@Bumi mendap secara tidak diduga sehingga ramai tak mampu lari ditelan bumi.
d) Khalifah pun bertanya pada seorang tua, mengapa semua itu bisa terjadi? Jawab orang tua itu.....KEZALIMAN dan KETAMAKAN penduduk Negara ini sehingga tiada lagi yang boleh dipercayai untuk diikuti (sebagai pemimpin), pantas masing-masing mengikut kehendak hati masing-masing sehingga terjadi pelbagai kezaliman, pembunuhan dan paling keji anak-anak perempuan dan wanita menjadi mangsa PERKOSAAN.
e) Ketika Khalifah dihampiri oleh dua orang budak kecil (perempuan dan lelaki) Atok! Boleh tak bagi kami makanan, kami lapar, kami tak makan hampir 7 hari......disitu Khalifah terbangun mencari bahan makanan. "Aku mimpi" bisik Khalifah pada dirinya sambil mengucap "astagfirullah alazim". Lalu melihat jam dinding menghampiri jam 2.00 pagi. Khalifah terus mengambil whudu lalu mengerjakan Solat Sunat????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan