Rabu, 24 November 2021

LEBIH CAKAP DARI BUAT (100 hari yang GAGAL)

 Mengapa lebih cakap dari buat?  Para Pemimpin Malaysia sangat bijak BERCAKAP pasal POLITIK dari memikirkan Pembangunan Negara dan Permasalahan Rakyat sehingga pelabur takut datang ke Malaysia>>>>>


100 hari pertama Keluarga Malaysia Pentadbir Kerajaan Malaysia tiada apa yang dicapai melainkan segalanya "GAGAL". Dalam Kes Covid19 sekali pun VAKSINASI mencapai lebih 90% kes masih meningkat dengan angka kematian mencecah pada kadar 915/juta (berkemungkinan mencapai 1,000/juta) menjelang tahun 2022.

FBMKLCI hanya berligar pada 1520 -1527 mata pada dua minggu terakhir bulan November, 2021. Hanya pada 18 Oktober, 2021 mencatat 1608 mata.

Kemenangan BN/UMNO pada PRN Melaka membuat UMNO/BN bertambah seperti "BERKUASA" sesedap hati mengubah segala DASAR Kerajaan Melaka serta Dasar Kerajaan Persekutuan.  Apalagi jika BN/UMNO berkuasa?  Sikap EGO dan BESAR KEPALA para pemimpin lama BN/UMNO masih tidak berubah, dan berkemungkinan mempengaruhi Pemimpin Pemimpin Muda supaya IKUT TELUNJUK mereka (Para Pemimpin Lama BN/UMNO).

Bagaimana pula KEPUTUSAN Kes SRC Najib Razak pada 8 Disember, 2021?  Begitulah SUASANA di Negara bernama Malaysia yang tak pernah berhenti CAKAP POLITIK sejak 9 Mei, 2018 (Tumbangnya BN/UMNO pada PRU14). Sehingga kini RAKYAT jadi mangsa menerima segala KESENGSARAAN kehilangan KERJA dan PENDAPATAN? Sehingga kes PENCERAIAN dan PENDERAAN Rumah Tangga memuncak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan