Apa sudah jadi dengan RUU Lompat Parti: (gambar hanya HIASAN dipetik dari BEBASNews tiada kena mengena dengan jalan cerita)
Hajiji Md. Nor mengumumkan Keluar dari BERSATU akan menubuhkan Parti Baharu? Bagaimana pula Status kedudukan Hajiji Md. Nor sebagai Ketua Menteri Sabah masih kekal?
Sebelum RUU Anti Lompat Parti dikuat kuasakan atau sebelum PRU15, akan ramai yang keluar PARTI dan memilih PARTI yang sesuai dengan JIWA dan Perjuangan mereka?
Malah UMNO sendiri sebenarnya tidak sekukuh dulu (60 tahun yang lalu), lagi lagi UMNO yang ada sekarang bukan UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946, UMNO yang ada sekarang UMNO (Baru). UMNO semakin bertambah parah jika berterusan mengekalkan Para Pemimpin yang telah tersabit dengan Kes Rasuah atau Penyalahgunaan Kuasa. Biar pun seandainya Kes mereka ditolak atau bebas dengan ikat jamin.
Seseorang Pemimpin yang sudah nama mereka tersenarai sebagai terlibat dalam Penyalahgunaan Kuasa atau sabitan dengan Kes Mahkamah (cuma tidak dibicarakan atau tertunda), pemimpin sebegini masih ramai ada dalam UMNO bersembunyi menyelamatkan diri? Dengan mengharap UMNO akan jadi Kerajaan Kembali. Hal inilah yang membimbangkan Rakyat dan pengundi. Ramai yang sudah tersabit dengan pelbagai kes samada terlepas atau belum dibicarakan berkumpul dalam UMNO.
Maka tidak hairanlah UMNO mengusulkan RUU Anti Lompat Parti, kerana ketakutan hal yang dulu PRU14 berulang kembali. Malah Anwar atau PKR sendiri telah mengumumkan tidak akan berkerjasama dengan Parti yang banyak terlibat dengan Kes Rasuah (ini ramai ada dalam UMNO), makanya dengan siapa UMNO akan berkerjasama nanti jika gagal dapat 2/3 Majoriti?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan