Kenapa PRU15 "IBU" segala PILIHAN RAYA? Antara sebabnya baharu berusia memasuki 7 purnama, sudah punya anak 6 PRN (melibatkan Selangor, N.9, Kelantan, Kedah, terangganu dan Pulau Pinang)
Dan berkemungkinan juga BN akan kehilangan MIC dan MCA, andai benar ada ura-ura kedua-dua Pemimpin Tertinggi kedua-dua Parti akan beralih arah memberi sokongan kepada PN? Apa sudah jadi dengan Politik Negara ini (Malaysia) sehingga menjadi bahan lawak>>>>Apa tidaknya ramai Pemimpin Malaysia hanya sibuk mahu berkuasa tapi tiada IDEA memajukan Negara? Padan muka!!!
Kenapa Zahid Hamidi mengelarkan PRU15 sebagai IBU PRU di Malaysia? Dan apa bedzanya PRU15 dengan yang sudah-sudah? Apa benar apa Zahid kata>>>>>
Walau apapun yang paling JELAS pada PRU15 perbedzaan amat KETARA apabila ramai Negeri Tidak ikut BUBAR? Antaranya>>>>
Yang Paling Pasti:
1) Sabah
2) Sarawak
3) Melaka
4) Johor
5) Kelantan
6) Terangganu
7) Kedah
Yang Dalam Perhatian:
1) Perak (tunggu perkenan SULTAN)
2) Selangor (Menteri Besar Mohon tidak BUBAR, Sultan perkenan)
3) Negeri Sembilan (Tidak pasti)
4) Penang (Tidak Pasti).
Yang Telah BUBAR:
1) Pahang
2) Perlis
Apa pula KESAN paling mendalam jika ramai Negeri tidak BUBAR?:
1) Melaka dan Johor sememangnya diperintah oleh BN/UMNO (seandaianya BN/UMNO tewas memerintah PUSAT) Kedua-dua Negeri ini berkemungkinan bermasalah dalam PENTADBIRAN?
2) Mana-mana Negeri yang di Perintah Pembangkang (Jika Pembangkang Menang) Mana Negeri-negeri ini akan terselamat selepas PRU15? Termasuk Sabah/Sarawak (kerana kedua-dua Negeri Malaysia Timur ini merupakan sebagai KERUSI PENENTU) sepertimana berlaku pada PRU12 & 13?
3) KESAN secara keseluruhanya, SISTEM Pilihan Raya Malaysia telah berubah 190 darjah semenjak Malaysia di TUBUHkan. Terutama Neger-Negeri di Semananjung yang kebiasaannya mengadakan PRU dan DUN serentak, kecuali apa yang terjadi pada PRU15?
Apa Benar PRU15 IBU Pilihan Raya di Malaysia? Itu berdasarkan ucapan Zahid Pada Perhimpunan Agong MIC, kerana beranggapan jika UMNO/BN Kalah banyak Para Pemimpin Utama Parti BN/UMNO akan diheret ke Mahkamah? Maka perkataan IBU itu hanya sesuai pada UMNO/BN, tapi tidak pada Parti-Parti lain yang ada di Malaysia?
Ianya tersebut begitu (IBU), lantaran ZAHID HAMIDI (Pengerusi BN/UMNO) ditakuti oleh Bayang-Bayangnya sendiri yang diselimuti banyak KES Rasuah dan Pengubahan Wang Haram serta salah guna kuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan