T I K A I: Tajuk penamat IHLAM ALLAH bagi mengakhiri tahun 2022. Apa itu TIKAI? Lebih kurang maksudnya SELISIH, tapi tidak itu yang penulis ceritakan tujuan menulis tajuk ini. Jadi apa itu T I K A I?
gambar cuma sebagai HIASAN & KIASAN
T sebagai TITIK mula mencapai kejayaan dengan kata TEKUN! Siapa diantara pemimpin Malaysia yang amat TEKUN memperjuangan Haq Bangsa, Agama dan Negara? Sambil tanpa ada rasa PENAT dan mengaku KALAH dengan penuh DISIPLIN walaupun menjangkau USIA Usang?
I sebagai Istiqomah penuh Inisiatif dan JATI DIRI! Siapakah Pemimpin Malaysia punya jiwa seperti demikian tanpa mahu berundur biar terpaksa berdepan dengan sejuta UJIAN?
K sebagai KERJA dengan sekeras-kerasnya tanpa rasa JEMU dan LELAH! Siapa pula pemimpin Malaysia memiliki jiwa KENTAL yang tidak mudah ditewaskan atau dikalahkan walau (siang mahupun malam) 24 jam?
A sebagai AMANAH bertanggong jawaban serta ARIF dan ALIM! Siapa dia pemimpin Malaysia punya AKHLAK serupa yang bisa ditonjolkan?
I sebagai ILTIZAM bersungguh-sungguh tanpa rasa JEMU, LEKA dan MUAL! Siapa pemimpin serupa yang ada di Malaysia memiliki daya ketahanan diri sedemikian sehingga benar-benar mencapai KEJAYAAN dan KEMENANGAN?
Kesimpulannya: Hampir semuanya pemimpin Malaysia hari ini menjadi gagal mencapai KEJAYAAN dan KEMENANGAN lantaran sering diperTIKIAkan. PerTIKAIan melanda POLITIK Negara Bernama Malaysia hari ini membawa PADAH BESAR sehingga menjadi TIKAI dan tidak mungkin akan hadir Pemimpin T I K A I?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan