Rabu, 22 Februari 2023

DENDAM

Siapa sebenarnya BERDENDAM mengikut lojik "AKAL"? Siapa pula yang dulu berlagak seperti "SINGA" kini menjadi "KERBAU"?  Siapa yang dulunya seperti "DRAGON" kini semacam "LEMBU"? Siapa yang dulunya berlakon sebagai HERO kini tak ubah umpama"TIKUS BASAH"? Semua kenyataan diatas segalanya menyerupai "BINATANG"? Apakah Para Pemimpin Hari ini sudah jadi "BINATANG", saja ikut nada bercakap Ustaz Sopian? Penulis bukan seorang Ustaz?

Tadi telah diterangkan oleh penulis tentang ayat 6 hingga 9 mengenai sikap sesetengah manusia mengikut Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah pada tajuk "Ganas or Liar 2 in One" Apakah mereka sedar bahawa Kerajaan hari ini berusaha membenteras salahguna kuasa (Rasuah dan Penyelewengan)? Tentu mereka tahu, sayangnya,  Allah telah tutup rapat pintu hati mereka dan pendengaran mereka sebagai azab paling berat.

Apakah maksud DENDAM disini? Ada OTAK fikir, ada AKAL bijak.

Betulkah ada DENDAM atau hanya sekadar ABSTRAK kata-kata POLITIKUS?  disebut abstrak sebagai cara bersembunyi orang-orang POLITIK merayu simpati Rakyat lantaran takut bayang-bayang sendiri.  Seumpama ditunjukkan oleh gambar dibawah (sekadar Hiasan) sahaja?  Tiada kena mengena dengan jalan cerita.



Isu Angka (Figures Issued) sebagai alasan mengatakan sebagai "DENDAM"?  Sedang maksud dendam itu sejak lama bermula sebaik Muhyiddin Yassin diambil tindakan oleh Najib Razak pasal Isu 1MDB, lalu Muhyiddin bersengkokol dengan Tun M menubuhkan PPBM menumbangkan Kerajaan BN?UMNO pada PRU14 tanggal 9 Mei, 2018. Atas kata DENDAM Najib terpilih sebagai mengetuai Kluster Mahkamah rekaan Kerajaan PH dipimpin oleh Tun Mahathir atas gerakkan Muhyiddin Yassin, kerana disingkir dari UMNO (sehingga menganggap UMNO bagaikan Kereta Buruk).

Kini Muhyiddin Yassin pula menuduh Kerajaan PH-BN membuat tuduhan terpilih hasil Gerakkan Zahid Hamidi? Sambil mengatakan ianya satu "DENDAM" untuk mendorong kepada Kluster Mahkamah 2.0 (diketuai Oleh Muhyiddin Yassin dan kuncu-kuncunya?).

Demikian itu apa yang digambarkan ABSTRAK tulisan Ihlam Allah tanggal 12/12/2019.  Pantas kupasan mengenainya telah berlaku hari ini tanda-tanda Negara Malaysia dalam Duka Lara atau Huru-Hara dengan Abstrak "DENDAM"?

Jumaat, 17 Februari 2023

Melampaui Garisan MERAH?

Jangankan Garisan Merah jenis manusia hari ini nampak, malah Lampu Merah pun jenis manusia hari ini tidak nampak. Apa sebenarnya jenis manusia hari ini "Kacukan Haiwan", bukan semua namun melebihi 85%, lantaran hanya 10 - 15 % sahaja manusia hari ini mampu diselamatkan.


Apakah terbaharu dan terkini mengenai Sengketa Russia Ukraine? Perhatikan Surah At-Taubah ayat 64

Maka patutkah bagi Khalifah berterus-terang apa sebenarnya yang akan berlaku yang mereka tanpa sedari? Al-Quran Surah At-Taghabun>>>>

Demikian itu diterbalikan angka 9:64 kepada 64:9 Antara Surah At-Taubah dan At-Taghabun?

Tahukah anda? Apa kata Vladimir Putin setahun yang lalu?  America dan NATO jangan cuba-cuba "CROSS RED LINE" mengenai UKRAINE? Jika tidak mahu KAMI bertindak-balas dengan cara lebih Agresif>>>>>

Pada tanggal 24 Februari, 2023 (sudah dikira setahun), pantas  RUSSIA samada BENAR atau TIDAK telah membuat persiapan menghadapi SEMUSIM yang lalu dengan apa yang dipamirkan seperti pada (gambar bawah)>>>>>

Apa yang dimaksudkan "RED LINE" oleh PUTIN?  Berkemungkinan apakala America dan Nato bukan sahaja menghantar senjata dan peralatan perang ke UKRAINE termasuk juga bantuan ketenteraan.  Jika ini dianggap oleh Vladimir Putin sebagai "GARISAN MERAH", maka amat JELAS ianya sudah dilanggar.  Bukan setakat itu, malah hal ini lebih BURUK dari itu, sehingga Trillion USD telah dibelanjakan oleh America dan NATO membantu UKRAINE.

Nampaknya Vladimir Putin hanya banyak CAKAP tak serupa bikin.  Namun KAMI masih percaya Orang Russia kurang bercakap dan kurang bertindak, tapi tiba-tiba berlaku (secara mengejut/tidak diduga) yang mampu menjerat lawan (musuh)?

Segalanya hanya terbukti BENAR atau TIDAK tunggu saja 24 Februari, 2023 (Vladimir Putin memperingati SETAHUN menyerang Bumi Ukraine sebermula 24 Februari, 2022, apakah BENAR akan tercetus Perang Besar-Besaran atau disebaliknya? KAMI kira America dan NATO juga dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan tindakan akan diambil oleh Russia menjelang 4 Syaban 1444H (Jumaat) Pertama Bulan Syaban dan JUMAAT terakhir Bulan Februari, 2023.