Ahad, 26 November 2023

Jangan Malas Malas>>>>

Kenapa Tun Mahathir tetap mempertahankan Kalimahnya dengan mengatakan "MELAYU MALAS", sudah tentu Tun M mempunyai jawapan PASTI. Namun malang sekali Tun M seperti lupa akan JASA BAKTI orang INDIA/CHINA (MIC/MCA) yang selama 22 tahun 22 bulan begitu SETIA mendukung Tun M?

Malas!!! Apa bedzanya dengan tunggu sekejap>>>>>

Gara-gara tunggu sekejap, orang lain sudah pergi jauh. Asbab tunggu sekejap orang lain telah siap.  Apa bedzanya dengan MALAS?

Demikian juga halnya dalam bidang perniagaan, setiap peluang yang ada jangan bagi alasan TUNGGU SEKEJAP, sehingga orang lain mengambil peluang yang ada.

Antara halangan lain membuat seseorang itu ketinggalan bila sering beralasan setiap kali berdepan dengan sesuatu peluang.  Adakah alasan itu salah satu cabang dari perkataan "MALAS".

Sesungguhnya "MALAS" itu mempunyai huraian cukup luas, andai dihayati dengan mendalam, antaranya...........

a) mungkin agak SEGAN mahu melakukannya;

b) mungkin juga tidak sudi melakukannya;

c) mungkin juga sememangnya enggan melakukanya.

Ketiga 3 kemungkinan tersebut di atas bisa di kategorikan sebagai alasan membawa pengertian kepada "MALAS".  Oleh itu jangan terlalu mudah tersinggung bila dikatakan "MALAS".

Sepertimana MALAS bercakap>>>>bermaksud tiada mood mahu bercakap atau kurang berselera "malas nak makan" oleh itu mengapa tidak ambil sahaja perkataan "MALAS" itu sebagai "MOTIVASI DIRI" supaya jangan terlalu beralasan bila berdepan dengan sesuatu.situasi diluar jangka.

Adakah asbab-asbab tersebut juga membuat, mengapa Tun Mahathir mempertahankan kalimahnya "MELAYU MALAS"? Fikir-fikirkan.

Bilamana manusia bertopengkan binatang

Peperangan Hamas vs Israel telah mengorbankan lebih 4 ribu anak-anak dan lebih 6 ribu wanita dan lebih 2 ribu warga emas. Demikianlah berlaku bilamana manusia seperti Benjamin Netanyahu dan Joe Bidan bertindak seperti BINATANG BUAS secara sengaja mahu cuba melakukan GENOSIDA terhadap Rakyat Palestine>>>>>


Semantara itu United Nation pula seperti hilang KUASA menghalang pembunuhan anak-anak kecil yang tidak berdosa oleh Israel dengan sewenang-wenangnya.


Walaupun Gencatan Senjata selama 5 hari sedang berlaku, segalanya tidak membantu bahawa Perang Hamas vs Israel akan berakhir, malah berkemungkinan akan lebih PARAH lagi.