Kenapa Tun Mahathir tetap mempertahankan Kalimahnya dengan mengatakan "MELAYU MALAS", sudah tentu Tun M mempunyai jawapan PASTI. Namun malang sekali Tun M seperti lupa akan JASA BAKTI orang INDIA/CHINA (MIC/MCA) yang selama 22 tahun 22 bulan begitu SETIA mendukung Tun M?
Malas!!! Apa bedzanya dengan tunggu sekejap>>>>>
Gara-gara tunggu sekejap, orang lain sudah pergi jauh. Asbab tunggu sekejap orang lain telah siap. Apa bedzanya dengan MALAS?
Demikian juga halnya dalam bidang perniagaan, setiap peluang yang ada jangan bagi alasan TUNGGU SEKEJAP, sehingga orang lain mengambil peluang yang ada.
Antara halangan lain membuat seseorang itu ketinggalan bila sering beralasan setiap kali berdepan dengan sesuatu peluang. Adakah alasan itu salah satu cabang dari perkataan "MALAS".
Sesungguhnya "MALAS" itu mempunyai huraian cukup luas, andai dihayati dengan mendalam, antaranya...........
a) mungkin agak SEGAN mahu melakukannya;
b) mungkin juga tidak sudi melakukannya;
c) mungkin juga sememangnya enggan melakukanya.
Ketiga 3 kemungkinan tersebut di atas bisa di kategorikan sebagai alasan membawa pengertian kepada "MALAS". Oleh itu jangan terlalu mudah tersinggung bila dikatakan "MALAS".
Sepertimana MALAS bercakap>>>>bermaksud tiada mood mahu bercakap atau kurang berselera "malas nak makan" oleh itu mengapa tidak ambil sahaja perkataan "MALAS" itu sebagai "MOTIVASI DIRI" supaya jangan terlalu beralasan bila berdepan dengan sesuatu.situasi diluar jangka.
Adakah asbab-asbab tersebut juga membuat, mengapa Tun Mahathir mempertahankan kalimahnya "MELAYU MALAS"? Fikir-fikirkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan