Ahad, 16 Disember 2018

MENCARI SINAR BAHAGIA (TAJUK KHAS)

KISAH BENAR (THE END)

Selepas mendengar cerita "MENCARI SINAR BAHAGIA"


aku mengambil tindakan menulisnya setelah mendapat IZIN ALLAH sebaik selepas Solat Sunat Istikarah.  Aku harap tulisan ini akan menamatkan segala salahfaham yang berlaku (Ini bukan Ihlam Allah, tapi pendapat aku sendiri).  Tajuk ini aku dengar melalui Radio pada tengah hari tadi dan terus mendengar ulangannya pada jam 1.00 pagi (sebentar tadi) sebagai memberi kepuasan kepada aku membuat keputusan (The End).

Sesungguhnya aku telah melakukan risikan dengan menghantar beberapa orang ke T (nama tempat), yang akhirnya ketua perisik (seorang bergelar Haji) memberi tahu situasi disana.  Mengikut ceritanya sama dengan Kisah pada tajuk ini (tak perlu aku terangkan).  Maka aku membuat keputusan membatalkan hasrat (seperti lagu "Aku tak berdaya) lantaran itulah message yang aku dikhabarkan.  Aku diterangkan semua ini ketika terlantar di QEH.  Sebaik aku keluar Hospital, maka itulah yang pertama aku sampaikan dalam blog ini, menerusi IHlAM Allah.

Namun ketua perisik bukan berhadapan dengan keluarga berkenaan, tapi melalui perkhabaran dari beberapa orang yang (boleh dipercayai) mengatakan, adalah lebih baik jangan sampai "Jatuh Muka".  Maka aku menyedari akan hal itu, lantaran dari sudut USIA dan Status.

Aku mohon MAAF atas segala kesulitan dan salahfaham yang berlaku.  Pantas menamatkan cerita in secepat mungkin, agar tidak menjadi bahan dalam pelbagai sindiran (ejekkan) seperti bungi pantun:

Ketipang payung vs Siti Payung
cuma lagu, cuma lirik
kemana lagi aku berlindung
semua orang asyik mengejek.

Lagu Siti Payung mencerita tentang siapa aku, sedang lagu Ketipang payung merupakan seseorang yang akan menghantar pinangan.  Moga dengan tajuk ini, akan menamatkan segala isu-isu yang cuba ditimbulkan.  Bukan mungkir, bukan palsu.  Aku masih punya RASA seperti dulu.  Antara kata-kata yang aku cetuskan dalam tulisan sebelum ini melalui Ihlam Allah. Mengambarkan situasi sebenar.  Telok Likas Air nya bergelombang, adalah sesuatu yang membuat aku bertindak menulis tajuk ini.  Walaupun Telok Sulaman Air nya tenang, merupakan situasi yang aku hadapi harus dilakukan dengan KESABARAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan