Sabtu, 17 November 2018

#LANGIT2 (2) (TAJUK KHAS)

#LANGIT2 (2) KHAS adalah sambongan pada yang pertama dahulu, lalu pantasnya berbunyi:
KEDUA:
Selepas yang pertama Allah menceritakan tentang perkara pembalasan dalam tiga fasa, maka yang ini pula menceritakan hal KIAMAT tentang manusia (bukan dunia).  Maka jalan penceritaannya juga mempunyai tiga fasa.
Pertama:
Apabila berlaku terlalu banyak tingkahlaku manusia tidak lagi mementingkan kebersihan dan penjagaan ALAM SEMULA JADI (BUMI).  Pembuangan sampah sarap merata-rata, hingga mencemarkan pengudaraan.  Penerokaan bukit=bukau menjadi tapak=tapak perumahan dan penempatan serta perindustrian.  Penebangan dan penghapusan pokok-pakau dengan rakus tanpa henti-henti.
Kedua:

Apabila berlaku terlalu banyak kezaliman keatas kehidupan ciptaan Allah, seperti unggas-unggas, haiwan, ikan, burung-burung dan segala habitat lain.  Malah yang lebih sangat TERUK, apabila berlaku terlalu banyak kezaliman sesama manusia.  Sedang orang kaya semangkin kaya, yang miskin semakin miskin.  Pembunuhan berleluasa, kelaparan menjadi-jadi.  Kemunafikan dan kemungkaran tidak lagi mampu dibendung (dihapuskan atau dikurangkan)
Ketiga:
Apabila setiap manusia yang menjadi PEMIMPIN, hanya mementingkan dirinya sendiri serta keluarga dan pengikutnya, dengan mengabaikan orang kebanyakkan (Rakyat).  Para pemiimpin akan berbuat sesuka hati mereka tanpa mendengar pendapat kebanyakkan (Rakyat atau Ahli Kumpulan).  Apabila manusia (orang kebanyakkan): sanggup bersubahat dengan Para Pemimpin yang tak BETUL (perbuatnya) melakukan kemungkaran.  Mereka ini menjadi pengikut TEGAR yang senintasa disogok dengan harta benda dan wang.  Apabila sesama manusia tidak lagi menghiraukan tentang HAK ORANG LAIN, dan menafikan Hak Orang Lain,segalanya menjadi Hak miliknya sendiri atau Hak milik bersama (hingga orang itu tiada haknya sendiri).  Maka tercetus sikap benci-membenci, umpat-mengumpat dan lebih parah, sanggup berbunuh-bunuhan.

Kesimpulannya, maka terlalu banyaklah perbuatan manusia menyerupai HAIWAN, hingga tahap KEMAKSIATAN menjadi-jadi, apabila KEMUNGKARAN sukar dibendung, pantas menghancurkan SISTEM RUMAH TANGGA BAHAGIA, lalu tercetus banyak KES PENCERAIAN......akan bersambong lagi untuk perkara KETIGA kelak, jika Allah menurunkan IHLAM dengan izin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan