Sayang........
sesungguhnya, tiada pun di antara kita bersalah, oleh itu jangan cuba berfikir menyalahkan sesiapa atas keretakkan hubungan kita. Tiada juga timbul soal orang ketiga, atau fitnah atau cemburu atau rasa sangsi. Sepertimana aku tiada di dalam diri mu untuk mengetahui apakah sebenranya tersirat dalam hatimu, demikian juga mu, tak akan pernah tahu apa yang sedang bergelora dihati ini. #biarlahrahsia.
Sayang......
tahukah mu, betapa aku sungguh keliru, dalam meniti usia usangku, mengapa masih ada perasaan jatuh cinta. Aku juga seperti menghina diriku sendiri, seperti seorang atuk yang nyanyuk, padahal ku menyedari semua itu berlaku. Pada detik yang sama, aku jua seperti menghampakan hati seseorang iaitu hatimu sayang.
Sayang.......
sungguh aku pernah bersuara, bahawa ada kemungkinan kita diuji oleh Allah. Lantaran dalam diri ini ada satu kuasa yang mempengaruhi fikiranku melakukan sesuatu. Apa bila segalanya terjadi, kuasa itu memberitahu kepadaku bahawa aku berjaya dalam ujian. Demikian juga halnya dengan hubungan kita, bahawa aku berjaya menghadapi UJIAN. Namun dalam hati ini memerontak marah, lalu aku akan diazab. Demikian ujian yang setiap detik terjadi dalam diri ini.
Sayang.......
tentu pernah mu tahu, aku ada 2 dalam 1. Lantaran itu aku hanya terpaksa menunggu SAAT ITU untuk memulih diri ini kembali NORMAL. Apa pun SAAT ITU tiada tarikh masa yang diberitahu sampai kapan SAAT ITU datang. Aku sering didatangi IHLAM yang dibayangi oleh skrin ghaib apa yang akan berlaku, dan hampir 90% kejadian itu ternyata benar. Malah dalam konteks hubungan kita, aku juga ditunjukkan apa akan berlaku. Dan aku tidak diberi izin sama sekali untuk mengenali dirimu dengan cara apa sekali pun, hingga aku tak pernah melihat akan wajahmu hingga detik ini.
Sayang........
biarlah rahsia adalah pengakhiran hubungan kita yang aku tidak diizinkan memberi penjelasan melalui alam maya (atau apa juga cara menggunakan teknologi). Namun aku membayangkan angka ini (7 (A) X (9) G104). Dan Ihlam mengenainya hanya akan turun menjelang jam 12:00 malam ini (28hb. Februari, 2019). Dalam masa hanya tingga 20 minit lagi, lalu sebelum turun Ihlam itu, aku diminta menulis NOTA TERAKHIR ini.
Sayang......
Maafkan aku, andai selama ini aku seperti mengambil kesempatan melukakan hatimu, pada masa yang sama aku lebih terasa sakitnya, lantaran aku sering membayangi bagaimana rupa wajahmu sebenar, sedangkan mu mungkin mengenali wajahku melalui FB yang suatu ketika dulu aktif di alam maya. namun detik ini aku tidak diizinkan mengaktif FB itu lagi. Aku tahu tempat tinggalmu, melalui maklumat dari beberapa orang, namun aku tak diizinkan mendatangi mu. Malah jika berusaha melakukan, aku tetap masih gagal, kerana aku akan menerima azab yang tersangat berat hingga tak mampu melaukan apa-apa. Begitulah SEKSA diri ini senintasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan