Jumaat, 22 Mac 2019

SUDIRMAN - AKU PENGANGGUR (HQ Audio)

Siapa paling layak digelar sebagai PENGANGGUR?


COVID19 masih belum berakhir dan tak mungkin akan mudah berakhir>>>Kadar Pengangguran Negara semakin meningkat termasuk Para Penjaja kecil-kecilan apabila ada segelincir penjaja kecil-kecilan dilarang menjaja apabila mengadakan jualan sempena Bazar Ramadan>>>Khalifah.


Syabas, tahniah kepada Jenifer Lasimbang. Dr. Yee Moh Chan sepatutnya letak jawatan, kerana lama sudah bermain politik tapi gagal membantu Rakyat Muda Sabah hingga penganggur mencecah 40,000 orang. Awak berani Jenifer, membuka mata para pemimpin lama yang diam membisu menyembunyikan kelamahan mereka. Sepatutynya Jenifer harus dipuji kerana membuka pekung di dada para pemmpin lama yang sepatutnya bertanggong jawab, Termasuk Datuk Pairin Kitingan yang begitu lama memimpin PBS, ta[pi masih gagal membantu Rakyat Muda Sabah...? PBS jangan cuba menyalahkan seorang yang berani..Khalifah menyokong penuh beban tugas awak, kerana Rakyat Bumiputera Sabah terlalu sangat memilih kerja..? tak habis-habis mengharap kerajaan. Mengapa Khalifah tak mengharap kerajaan, tidak punya anak menganggur...? kerana kejaya ada dimana-mana, mengapa terus menerus mengharap kerajaan...?

Suatu waktu dahulu Khalifah punya seorang sahabat ketika bertugas di SMK. Putatan 1983 bernama Cikgu Azahar Asahari (Cikgu Kraftangan) Cikgu Azahar begitu kreatif pada masa yang sama Khalifah juga punya sahabat bernama Cikgu Shaari Shalan yang begitu terbuka untuk diajak berbincang mahu pun berbual.  Seotang guru Perdagangan dan banyak memberikan galakkan kepada Khalifah untuk mencebur diri dalam bidang perniagaan.  Pada masa yang sama juga Khalifah begitu rapat dengan cikgu Matematik bernama CIkgu Zainuddin Atmin dan Cikgu Manikam.

Kenapa Khalifah ceritakan kisah ini,  lantaran daripada mereka bertigalah Khalifah mendekatkan diri dalam dunia perniagaan sebermula tahun 1996 sebaik kembali dari Kuala Lumpur untuk menimba pengalaman selama dua tahun (1992 -1994).  Khalifah agak terkejut bilamana Jenifer Lasimbang mengatakan bahawa 40,000 belia di Sabah masih menggangur.  Khalifah punya 6 orang anak, biarpun mereka mempunyai Ijajah dari UM, tiada seorang pun menggangur, tapi tiada pula yang berkeja hanya seorang menjadi Guru sekolah di Kudat.  Yang lain semua berniaga.  Mengapa Belia negeri ini terlalu takut mencebur diri dalam dunia perniagaan...???  Khalifah hanya salahkan YB YB Sabah yang kebanyakkan tiada membantu belia Sabah dalam pelbagai peluang perniagaan di Sabah.  Hanya beberapa tahun ( 10 tahun lepas) sudah ada belia-belia Negeri Sabah buka mata.  Namun segalanya terlambat, kerana kebanyakkan telah dimonopoli oleh orang luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan