Sambongan dari dua tajuk sebelumnya. Berapa kali manusia Mati sebelum BENAR-BENAR MATI? Secara ringkasnya 7 (tujuh) kali. Merungkai cara manusia dimatikan ialah>>>>gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan jalan cerita?
1) AKHLAK: Dimana manusia sesuka hati melanggar perintah Allah tanpa rasa takut, malah semakin bangga diri bahawa dialah segalanya BENAR.
2) PENGLIHATAN: Manusia itu buta melihat KEBENARAN, sehingga tiadalah yang suka dilihat olehnya ialah semua perkara berunsur "KESERONOKAN" "KUASA"dan "KEJAHILAN"
3) PENDENGARAN: Tidak suka mendengar nasihat yang baik-baik berpandukan ayat-ayat Al-Quran dan Sunnah Rasul hingga baginya segala apa yang diinginkan wajib dicapai walau dengan cara apa sekali pun:
4) KEINGINAN: Samaada SUKA atau TIDAK baginya tidak pernah RISAU hal atau hak orang lain. Pantas tercetuslah rasa TAMAK, BANGGA DIRI dan TAKBUR.
5) AKAL: Dia tidak akan berfikir lagi secara BIJAKSANA melainkan segalanya IKUT dan Menuruti akan apa sahaja terbayang pada fikirannya segalanya BETUL tanpa menilai BURUK/Baiknya.
6) HATI: Hilang rasa HORMAT pada orang lain, tapi mahu setiap orang menghormati dirinya. Tiada rasa simpati melihat penderitaan orang, malah sanggup berlaku zalim.
7) MELAMPAUI BATAS: Tidak pernah merasa CUKUP atau KECUKUPAN biar banyak mana yang dimiliki olehnya, namun masih terus menambah atau mencari walaupun terpaksa merampas hak orang lain.
Al-Fatihah>>>>
KESIMPULAN>>>>Hanya manusia yang segalanya BAIK pada ketujuh 7 hal tersebut diatas yang tak pernah MATI biar pun sebenarnya telah MATI? Begitulah diri Rasullah yang terus HIDUP hingga hari ini dibibir setiap manusia (tak kira apa bangsa/agama) Nama Rasullah senintasa disebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan