Khamis, 9 Disember 2021

SEBUAH PELAYARAN

Ku sangkakan "GERIMIS MENGUNDANG" rupanya pukulan Ombak menjirus titisan AIR LAUT menyirami pipiku>>>>

demikianlah sebuah pelayaran yang tak bertepi hingga ke hari ini masih tersandai di tengah lautan mencari pantai tempat berlabuhnya sebuah pelayaran bernama "CINTA NUSANTARA"? teruskan membaca dan mencuba>>>>>>>

Apakah PRU15 adalah terakhir bagi diri ini memilih Kerajaan Memerintah Malaysia? Pantas apakah UNDI itu berhasil menjadikan Negara Malaysia Aman Damai dan Makmur?  Segalanya atas ketentuan Allah jua, dan diri ini akan terus BELAYAR biar sekali pun tanpa bertepian (tanpa berlabuh)>>>>>

Bagai perahu tanpa pengayuh bayangan sebuah PELAYARAN ditengah lautan dipukul GELOMBANG


Dalam kesepian dan kedinginan antara hidup dan mati, demikian diri ini terlibat dalam satu PELAYARAN di tengah-tengah lautan yang tak bertepi berterusan dipukul GELOMBANG dalam sejuta GELORA PERASAAN antara takut, berani tanpa tidak diketahui apa akan terjadi.  Pantas berbicara hati ini dengan SEMANGAT TINGGI tanpa RASA PUTUS ASA.  Pun begitu manusia sekadar merancang Allah jua Maha Penentu segalanya.

Saat SENJA mengambil tempat menghampiri kegelapan malam, tiada PURNAMA kelihatan hanya beberapa biji bintang berkelip sekali sekala diselimuti oleh AWAN. Tanpa tidak disedari GERIMIS pula mengundang membasahi pipi dengan ku sangka titisan hujan renyai-renyai, rupanya pukulan ombak memukul perahu singgah membasahi pipi.

Bukan seminit mahupun sejam malah bukan berbulan tapi dah bertahun-tahun diri ini tersadai ditengah lautan tanpa melihat atau bila lagi kah ada pantai tempat hendak berlabuh.

Begitu dalam tak sedar USIA TUA ini benar-benar hanya menunggu menghitung hari akan dijemput oleh empunya diri Yang dipanggil Maha Pencipta.  Seperti teringat bagaimana kisahnya seorang PENGEMBARA dalam sebuah PERJALANAN digelar sebagai MUSAFIR Tumpang Lalu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan