Ahad, 8 Mei 2022

APA MOTIF AMERICA (JOE BIDEN)?

America dari dulu hingga hari ini tiada bedzanya, America sedaya upaya mahu berusaha cuba menguasai seluruh dunia sebagai "KING MAKER" tanpa menghiraukan ianya boleh diterima atau tidak, yang penting America tetap melakukan apa-apa sahaja mengikut kehendak mereka. Sambil itu America sering bersendiwara dengan pelbagai Propaganda mengelirukan Para Pemimpin Dunia.  Lihat sahaja bagaimana Israel membuat pelbagai helah mengatakan serangan ke atas Rafah disalahkan pula kepada Hamas. Lain mereka cakap lain mereka buat.  Lidah Biawak.

Hari ini Joe Biden berusaha sedaya Upaya membina DERMAGA terapung di pinggir Segara GAZA sambil menempatkan 1000 pasukan tentera.  Semantara Benjamin Netanyahu berdegil tetap akan menghancur Bumi Gaza dan Hamas, dengan bangga diri mengatakan mendapat sokongan dari beberapa Negara Arab (mungkinkah yang dimaksudkan gambar bawah)

Siapakah JOE BIDEN? (gambar) Secara terang-terangan mengakui dirinya ZIONIS.

Apakah motifnya mengajak Persidangan ASEAN dibawa ke Washington America? Disana nanti ASEAN hanya diwakili 8 Pemimpin Negara (Myanmar dan Philippines) tidak dapat menghantar Pemimpin mereka atas sebab Hal dalam Negara.

Selepas mengajak NATO dan G20 memboikot EKONOMI RUSSIA terbaharu pula mengajar G7 lagi? Apakah Hal yang sama akan disentuh dalam Persidangan ASEAN di Washington nanti? Supaya 10 Neraga ASEAN memboikot Russia dari sudut EKONOMI.

Setakat ini hanya Negara NATO dan ada juga Negara G20 menghantar bantuan SENJATA dan TENTERA?  Adakah nanti G7 akan diminta berbuat demikian demi menghancurkan RUSSIA (Putin akan hilang pengaruh diperingkat GLOBAL).

Rencana Jo Biden diluar petak fikiran Pemimpin NATO, G20 G7 mahu pun Pemimpin 10 Negara ASEAN?  Apa pun tiada lain selain JOE BIDEN (America) dalam perjalanan MENGUASAI DUNIA dengan AGENDA ALA Yahudi #akhirzaman #96pnwo.

Apa tidaknya Negara atau Bumi Arab hari ini telah 80% dikuasai America sejak Pemerintahan DONALD TRUMP. Asia Paciffic pula sudah dalam GENGGAM America (India, Australia, Singapore, Japan, South Korea dan berkemungkinan Philippines tidak lama lagi sebaik Marcos Jr memenangi Pemilihan President.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan