Sebut saja "BARAT" sering dilemparkan terhadap "AMERICA" atau apa apa sahaja yang dilebalkan sebagai "BUDAYA tidak SENONOH" atau juga punya sikap "Double Standard" bila menjadi tempat mengadu pelbagai "ISSUE" atau menyelesaikan sesuatu SENGKETA? Contoh apa berlaku antara RUSSIA/UKRAINE?
Suatu masa dulu Negara GERMANY ada BARAT & TIMUR, selepas robohnya Tembok Berlin hari ini GERMANY menjadi satu. Bagaimana pula halnya dengan Negara Malaysia? Juga ada BARAT & TIMUR?
Jika dulu Germany Barat itu dianggap JAHAT, patutkah juga Malaysia Barat hari ini JAHAT? Kerana ISTILAH "BARAT" sering dipandang "JAHAT" atau "ZALIM" atau "Bangga Diri"?
Mengapa PUTIN seperti sangat tidak suka pada BARAT? Dan siapa BARAT sebenarnya? Jika #akhirzaman tanda-tanda KIAMAT itu dikatakan Matahari terbit dari BARAT? Maka amat jelas nama BARAT ini sememangnya tidak BAIK (bermaksud JAHAT) adakah seperti itu Sikap Pemimpin Malaysia Barat (Semananjung) terhadap Sabah/Sarawak (Malaysia TIMUR) sehingga memandang sebelah mata (Dajjal) ISU MA 63? Sehingga hari ini segala tertulis dalam perjanjian MA63 dianggap "GAGAL" ditunaikan?
Jika mengikut bilangan kerusi MP semananjung UMNO/BN telah tewas sejak PRU12. Kemenangan UMNO/BN PRU12 dan PRU13 atas bantuan kerusi MP Sabah/Sarawak? Situasi bertambah BURUK pada PRU14 apabila Politik Sabah/Sarawak dikucar-kacir oleh parti parti dari semananjung, sehingga UMNO/BN gagal sepenuhnya? Maka amat JELAS (Malaysia Barat) bertindak "DOUBLE STANDARD" terhadap Malaysia TIMUR (Sabah/Sarawak).
KESIMPULANYA: Malaysia BARAT hari ini memang KUCAR-KACIR bukan Malaysia TIMUR dari sudut POLITIK, makanya dalam KES Najib, yang lebih banyak SIBUK hanyalah para pemimpin semananjung, sedang Sabah/Sarawak "SENYAP" adalah kerana siapa sahaja Perdana Menteri Situasi Sabah/Sarawak tetap sama. Hanya dipandang sebelah mata (sejak dari Perdana Menteri 1-9). Cakap tak serupa bikin?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan