Jumaat, 17 Jun 2022

Keluhan G104! Allah turunkan IHLAM.

 Sebentar tadi Sailila Sudbullah Sailila menghantar MESSAGE kepada Khalifah menerangkan hasrat hati mahu berhenti memperjuangkan "KEBENARAN" berpandukan ayat 104 Surah Ali Imran. Jesteru itu Allah turunkan IHLAM Situasi Politik, Ekonomi dan Kuasa melanda Negara bernama Malaysia dibawah Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub>>>Gambar dengan rakan-rakan (Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan).


Menurut Perdana Menteri, KESTABILAN POLITIK Malaysia hari ini amat BAIK. BETU! Adalah kerana tiada lagi PEMBANGKANG? Namun yang bertindak jadi PEMBANGKANG kini,  ialah Politik Dalam UMNO sendiri, yang membuat Ismail Sabri TERPINGGA-PINGGA?  UMNO terbahagian empat bahagian (Tiga Bahagian jadi Pembangkang Kerajaan dan cuma satu bahagian sahaja menyokong Ismail Sabri) Ini lah KEMELUT paling menakutkan PELABUR! (kerana UMNO didokong oleh mereka yang mempunyai KES Bertimbun di Mahkamah).  Rakyat Malaysia pula JELAS memberi sokongan PADU kepada Pemimpin yang KES mereka bertimbun.  Akibatnya PELABUR merasa BIMBANG dan LARI.

Mengenai EKONOMI pula? Akibat kekurangan PEKERJA, kini Malaysia telah menolak permintaan banyak Negara yang memerlukan Minyak Sawit, (Contoh Export ke Pakistan terhenti? Sehingga Pakistan meminta bekalan dari Indonesia) lantaran kekurang Bekalan STOK.  Malah bisa sampai mengundang kerugian berbillion ringgit jika berterusan tanpa dipedulikan.  Rakyat juga berhati-hati membeli, lantaran harga barang melambung naik.  Maka kurangnya DAYA PEMBELI mengakibatkan Nilai Ringgit Merosot.  Syarikat juga bisa gulung tikar jika kerajaan mendesak kenaikan Gaji Minimum, kerana pendapatan Syarikat juga kurang STABIL.

Mengenai KUASA pula? Kuasa Perdana Menteri seolah-olah dibayangi oleh TEKANAN Dalaman UMNO sendiri, bukan dari Parti Pembangkang yang sudah terikat perjanjian MOU sehingga 31 Julai, 2022.  Seumpama PRU15 didesak oleh President UMNO sendiri dan kuncu-kuncunya, bukan DAP? Bukan PKR dan bukan dari mana-mana Parti Pembangkang?

Jesteru itu Sailila Subdullah Sailila dan rakan rakan usah RISAU!  Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa, teruskan PERJUANGAN Kalian kerana itu adalah JANJI Khalifah dengan ALLAH (Isra 1990).  Jika Rasullah pun berdepan UJIAN Allah menyebarkan Syiar Islam, kenapa tidak kalian? Waspada!!! Khalifah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan