Ahad, 26 Jun 2022

MENGAPA PERLU PRU15 AWAL atau AKHIR?

Mengapa PERLU PRU15? AWAL sebelum tempoh matang? Atau AKHIR sehingga tempoh matang 31/Julai, 2023? 

Jika diAWALkan kenapa?
BERSEDIAKAH Semua Parti terlibat? Kalau ditanya soalan demikian sememangnya tiada satu Parti pun bersedia, termasuk UMNO, yang berya-ya sangat mahu PRU15 diadakan sekarang? UMNO/BN hanya melihat pada PRN Melaka dan Johor, sebagai SANDARAN konon mereka mendapat sokongan? Sedang ini berkaitan dengan Penubuhan Kerajaan Pusat (keANGGOTAan MP 222 orang) termasuk 56 Kerusi dari Sabah dan Sarawak.  YAKIN sangatkah UMNO/BN mendapat sokongan dari Sabah dan Sarawak sepertimana PRU12 & PRU13? Jangan cuba-cuba? Jika JOHOR sudah mengeluarkan KENYATAAN dianak tirikan, apalagi Sabah dan Sarawak sememangnya sejak Penubuhan Malaysia sudah dianak tirikan? Renung-renungkan?

Hal yang kedua mengapa PERLU diawalkan? NAJIB dan ZAHID merasakan jika UMNO/BN menjadi kerajaan,  Kes Mahkamah mereka bisa diSELAMATkan? Jika ini yang mereka berdua fikirkan? Maka para PELABUR awal-awal sudah TAKUT, kerana jika mereka menjadi KERAJAAN akan berulang pelbagai UGUTAN dan CENGKAMAN mahu pun DENDAM bisa berlaku, lantaran ketidak KEPUASAN hati selama mana mereka seperti TERBIAR atau DIBIARKAN menanggung pelbagai keaiban?

Jika diAKHIRkan kenapa?
Samada AWAL atau AKHIR, tiada sedikit pun berkaitan dengan INFLASI atau KEMEROSOTAN EKONOMI? Itu semua hanya cakap cakap POLITIK? Sedang Negara lain juga berdepan Hal yang sama, masih mengadakan Pilihan Raya? Tapi jika diAKHIRkan sekurang-kurangnya PERDANA MENTERI mempunyai PELUANG CERAH memperbaiki KEDUDUKANnya dalam UMNO, hal inilah yang ditakuti oleh NAJIB dan ZAHID? Tiada lain? Parti Pembangkang pula tiada halangan jika PRU15 AWAL atau AKHIR? Kerana Ismail Sabri Yaakub sudah mempunyai LANDASAN Kerjasama BAIK dengan DAP, PKR dan mana-mana Parti yang terlibat dengan Perjanjian ditandatangan melalui MOU (Samada diteruskan selepas PRU15 atau tidak?).  Malah kemunculan RAFIZI menampakan PKR lebih bertambah MATANG? Sedang Parti PBM sekadar hanya dipinggiran? Tiada MATLAMAT Langsung Arah Tujunya, selain hanya menumpang berteduh pada mana-mana Kumpulan (BN, PH, MN, PN atau seumpamanya)? Berkemungkinan juga Pengaruh PBM pada PRU15 hanya tinggal nama? Artikel ini tiada kena mengena dengan Ihlam Allah? Iyahnya hanya pandangan peribadi penulis?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan