Isnin, 26 Januari 2015

YANG SALAH DIPERBETULKAN...!!!! (2 in 1)

Kalau manusia masih berterusan menegakkan yang SALAH? Sampai KIAMAT DUNIA tidak akan bisa ketemu dengan KEBENARAN!!! Inilah terjadi pada #dhini, bilamana Para Pemimpin Dunia sering menegakkan yang JELAS SALAH dengan adanya KUASA (VETO)? (Awas! gambar hanya HIASAN cuma)


Bak kata pepatah Melayu "Jangan menegak benang yang BASAH" langsung tiada faedahnya? Namun mengapa ramai dikalangan para Pemimpin Malaysia sering menegak benang yang BASAH? (AWAS! Gambar hanya sekadar sebagai HIASAN cuma)


Apa sahaja jenis pakaian (kecuali diperbuat daripada besi) tidak akan berdiri, apalagi kalau pakaian itu dicipta berasaskan KAPAS.  Ada orang berkata, jangan menegak BENANG YANG BASAH.?

tak perlu benang KAIN pun yang diperbuat daripada benang tidak akan tegak sendiri.  Sebab itu
setiap apa yang saya tulis bukan satu rekaan, tapi apa yang saya sendiri saksikan berlaku setiap
hari dalam kehidupan kita hari ini.  Jika tulisan itu terkena pada para pembaca (itu hanya kebetulan)
tapi jika ya pun pembaca (tidak sedap hati) itu bukan urusan saya, tapi urusan pembaca dengan Allah,
demikian juga apa juga yang saya tulis, itu adalah urusan saya dengan Allah.

Seperti para PELUKIS, mereka mengambarkan dalam lukisan mereka IMEJ yang mereka lihat
(atau datang dari ihlam).  Namun jika lukisan itu sampai mengena pada kita, jika ianya baik kita
bersyukur, jika memang jahat (mungkin perbuatan kita yang digambarkan dalam lukisan itu) kita
harus bertaubat.  Tapi jangan salahkan pelukis tadi.  Demikian juga jika digambarkan  Ahli UMNO
itu jahat (bukan semua) jangan cepat panas, kerana kamu penyokong kuat UMNO.

Jika PAS mengatakan UMNO itu kafir sekalipun, PM tidak sampai saman PAS bawa pergi Makhamah, Sebabnya mudah.  UMNO hanya parti, dan PAS juga hanya partri.  Lainlah ceritanya
jika Pemimpin PAS mengatakan PM kafir kerana ahli UMNO.  Jangan dengar cakap atau cerita, tapi
lihat dengan MATA KEPALA sendiri.  Cerita hari ini banyak sendiwara.  Biar benar jadi tak benar,
jika salah diperbetulan (MEMANGPUN).  Ada masa saya tulis, tiada masa saya diam diri (biarpun
ada ilham).  Jika saya setahun tak tulispun (pembaca jangan risau) saya masih setia dengan tulisan
saya.  Maklumlah KUBUR kata MARI, RUMAH kata PERGI.  MATI ADALAH PASTI.  Yang muda jangan EGO (mati tidak akan telefon kita, dia datang)  Dan yang TUA jangan PUTUS HARAP
sebab Ajal Saudara ALLAH yang Maha Arif.  Hari ini banyak sebab berlakunya kematian, tanpa
diduga dan dijangka.  Anak-anak kecil berlumuran darah, ada yang cacat, biarpun Allah jadikan
cukup SEMPORNA.  Sebab itu jangan cakap sombong tentang kematian.  Jika saya terlanjur cakap
sombong pasal MATI.......semamngnya saya sentiasa berdoa saban hari agar ALLAH cabut nyawaku.

Seperti cakap-cakap orang beriman (DOA) "Ya Allah, matikanlah aku sebelum datangnya KIAMAT, kerana aku tidak sanggup didatangi oleh AZABNYA. (jika orang-orang beriman boleh cakap begitu,
bagaimana pula kita yang penuh dengan DOSA.

Apabila aku menyentuh tentang KIAMAT, bukan bermaksud DUNIA......tapi manusia dan kehidupan itulah yang hampir KIAMAT.  Hari ini, yang kaya jangan selesa dengan kehidupannya, yang miskin pula jangn putus asa meneruskan kehidupan, namun perbedzaan ini......? siapa yang bersalah sebenarnya......?Dunia hari ini, hampir setiap orang semacam tidak mahu mengaku salah, jangan bilang memohon maaf.  manusia hari ini, bukan setakat keras KEPALA, malah KERAS HATI.....menerima kesalahan.......malah sanggup melantik PEGUAM, semata-mata mahu MENANG.
KEADILAN DUNIA pula hampir mencurigakan.......apabila MAHKAMAH sering dipengaruhi oleh KUASA-KUASA tertentu.......jadi bagaimana memperbetulkan kesalahan....?

JANGAN SALAH-SANGKA...!!!

Saya pernah Bahaskan ISU Lagu Ayam Jalil Hamid kepada para cendikawan Islam.  Bagaimana
jika Ayam itu pandai berkata-kata "haram bagi kamu memakan dagingku sedang kamu menghinaku"
sedang itu perbuatan manusia (berakal) dan kami memang tiada akal, tapi kami beribadah kepada
Allah untuk kamu, kerana itulah kami diciptakan."  Bagaimana kamu harus menjawab di sisi Allah.

Jika buaya dan biawak sememangnya kita (ada juga dikalangan kita yang makan) tidak makan.  Kita
hanya mungkin membahagikan pahala itu ke atas mereka (haiwan tadi) kerana menjadi IKTIBAR
(pedoman) kepada manusia (berakal) tapi tidak menggunakan akal (seperti haiwan).  Dan adakah
benar juga Biawak itu kerana lidangnya bercabang (membuat fitnah dikalangan para haiwan)  Agar
para haiwan jadi huru-hara,  Itulah orang kita cakap (andaian), kepada binatang.

TULISAN ini mengupas sendikata lagu JALIL HAMID.  Jika ianya dibuat (andaian) tapi janganlah
sampai kita makan dagingnya.  Pernah seorang nenek, kerjanya pelihara ayam, namun dia sendiri
tidak sanggup makan daging peliharaannya, melainkan daging ayam kepunyaan orang lain.  Nak buat
hujah bukan dalam tulisan saya ini, tapi berhujahlah dengan para cerdik-pandai berAGAMA.  Sebab
hingga ke hari inipun saya sendiri hanya mendapat jawapan 40/100 (samar-samar).  Jika ada
dikalangan pembaca pakar dalam Agama, saya sedia membaca tulisan ANDA, tapi bukan niat
bersengketa tapi mencari KEBENARAN.

ADAT dan BUDAYA (sampai bila diperbetulkan)

Baru balik dari kampong.  Begitulah terangku pada teman-teman yang sudah lama tidak
melihat karenahku, ketika aku solat Maghrib di Masjid Bukit Padang.  Malah mungkin aku
akan menghilang lagi untuk beberapa hari, kerana jemputan Kahwin yang ku terima dari sejak
Bulan November 2014 dan kini masuk Janurai 2015 hanya akan berakhir (semua jemputan) pada
15 Februari (termasuk majlis kenduri (timbang) adat BAJAU (SAMA) dimana anak yang lahir
pada Bulan Muharam atau Safar hendaklah dikendurikan).

Demikianlah terangku pada teman-teman, ditakuti mereka salah sangka....?  Kerana Orang-orang
kami ini bila sebut soal Majlis Kahwin (makan masa berhari-hari - antara 4 hingga 5 hari). bayangkan
jika yang berkahwin itu sanak-saudara terdekat, lagi lebih panjang (hingga 1 minggu) kita kena
sentiasa sudah berada dikampong selama seminggu.  Sebab itu selalu saya tegur, sampai bila jadi
begini (kerana semua ini bukan Sunnah Rasul, tapi lebh kepada Adat dan Budaya).

Ahad, 25 Januari 2015

KESUNYIAN

Al-Quran (3:26) tahukah kamu wahai Rakyat Malaysia? Sebaik UMNO/BN ditumbangkan pada PRU14 Kerajaan mengambil alih bertukar Perdana Menteri sebanyak 3 kali.  Kenapa? Itulah Permainan Politik "ALA CATUR" (gambar sekadar HIASAN).


Betapa hebatnya permainan Perangkap "KUDA", maka jangan sampai jadi "KUDA" dalam berpolitik sehingga di KUDA-KUDAkan, wal hal ada "TARGET" yang lebih BESAR?

Bila ditanya apakah ubat paling MUJARAB bila kesunyian.


 Dengan selamba dia menjawab....
BERZIKIR.......!!!

Malam ini tanggal 23 Mac, 2020 jam 3:25,  Khalifah merasa kesunyian lalu membuka Al-Quran (3:25) Allah berfirman dengan maksudnya "Bagaimanakah nanti! apabila Kami himpunkan mereka pada hari yang tiada keraguan lagi (hari kiamat) dan diberikan dengan sempurna kepada setiap orang pahala amalan yang dikerjakannya serta mereka tidak dianiaya. Lalu Khalifah membaca ayat seterusnya Al-Quran 3:26) ternyata segala kerajaan di dunia ini adalah milik Allah! dan Allah akan menariknya kembali kerajaan dari sesiapa yang Allah kehendaki…..

Jesteru itu Khalifah mula sedar, bagaimana akibatnya di mana-mana Negara di dunia ini senintasa bertukar kerajaan termasuk Negara Malaysia sendiri apabila Pakatan Harapan yang memenangi PRU14 pada 9 Mei, 2018 hanya memerintah Negara Malaysia selama 22 bulan

 dibawah Perdana Menteri Tun Mahathir Muihammad.

Dan hari ini Negara Malaysia pula berhadapan satu kesukaran yang tidak disangka-sangka! Apabila diserang MALAPETAKA VIRUS COVID19? sambIl melaksanakan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN.  Lalu Khalifah terus merasa KESUNYIAN bilamana diarah "STAY AT HOME" sepanjang tempoh 14 hari (18 hingga 31 Mac, 2020) dan hanya boleh keluar rumah jika ada keperluan?

KESUNYIAN terus melanda bilamana kehilangan kawan rakan saudara yang dijemput ILLAHI akibat diserang #COVID19 hingga membawa kenafas yang terakhir.  KESUNYIAN malam ini terubat apabila Allah menurunkan Ihlam dengan menyempurnakan TAJUK ini yang sebelum ini Khalifah kurang mengerti akan TUJUANNYA!!!.  Alhamdulillah, moga hari-hari seterusnya mampu memberi SEMANGAT BAHARU menghadapi hari-hari ESOK?

TERNYATA maksud KESUNYIAN itu aadalah apa yang Khalifah alami saat ini sejak 18 Mac, 2020 sehingga 31 Mac, 2020 (14 hari) bilamana Kerajaan Pakataan Nasional melaksanakan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN GARA-GARA SERANGAN #COVID19. Maka yang mampu Khalifah lakukan selain duduk rumah sambil memperbanyakkan "ZIKIR"!

STRESS dan KARAOKE

Bila ditanya ubat yang paling MUJARAB bagi mengubati Penyakit STRESS dengan selamba
dia menjawab BERKARAOKE!!!!!!

Benarkah KARAOKE bisa mengurangkan atau menghilang STRESS?  Demikian satu kajian oleh Masyarakat JAPAN didapati amat berkesan. Fikir-fikirkan.

RELAKS

Lembah biasanya sunyi, namun Lembah SERABUT terbising dan sibuk, kerana di sanalah tempat
para Nelayan dan Petani mencari makan, tapi mereka sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka
dapat hari ini.  Sedangkan disekeliling mereka, terdampar dengan pelbagai kemewahan. namun
mereka tetap terus juga mencari Rezeki di Lembah SERABUT.  Begitulah kehidupan merreka
setiap hari, biarpun kais pagi makan pagi.  RELAKS

SERONOK

Dalam satu permainan, setiap orang mahu menang, namun bagi dia......Dia hanya mahu menyaksikan.
Tapi tidak mahu menyokong mana-mana pihak.  Jika ada yang menang, dia tidak turut gembira dengan kemenangan itu, jika ada yang tewaspun, dia tidak turut bersedih dengan kekalahan itu.
Namun dia cukup SERONOK.....! KENAPA......? MENGAPA.......?

Setiap PURNAMA dia akan sentiasa ada di sana menyaksikan satu permainan, dan setiap pulang,
sudah pasti dia SERONOK,  Bila ditanya, kenapa dan mengapa dia begitu SERONOK.....Dia
tidak menjawab, hanya SENYUM dan KETAWA kecil.....sambil bernyanyi lagu yang menjadi
kegemaranya......SITI PAYUNG.

"Khabarkan kepada manusia, ketika IHLAM ini ALLAH turunkan, tiada orang mahu PEDULI, sebab mereka tiada mahu menyusahkan diri mereka berFIKIR yang mereka tidak kena-mengena sedikit pun, lalu IHAM ALLAH ini terbiar begitu sahaja......sepertimana LIRIK LAGUNYA SITI PAYUNG."