Baru balik dari kampong. Begitulah terangku pada teman-teman yang sudah lama tidak
melihat karenahku, ketika aku solat Maghrib di Masjid Bukit Padang. Malah mungkin aku
akan menghilang lagi untuk beberapa hari, kerana jemputan Kahwin yang ku terima dari sejak
Bulan November 2014 dan kini masuk Janurai 2015 hanya akan berakhir (semua jemputan) pada
15 Februari (termasuk majlis kenduri (timbang) adat BAJAU (SAMA) dimana anak yang lahir
pada Bulan Muharam atau Safar hendaklah dikendurikan).
Demikianlah terangku pada teman-teman, ditakuti mereka salah sangka....? Kerana Orang-orang
kami ini bila sebut soal Majlis Kahwin (makan masa berhari-hari - antara 4 hingga 5 hari). bayangkan
jika yang berkahwin itu sanak-saudara terdekat, lagi lebih panjang (hingga 1 minggu) kita kena
sentiasa sudah berada dikampong selama seminggu. Sebab itu selalu saya tegur, sampai bila jadi
begini (kerana semua ini bukan Sunnah Rasul, tapi lebh kepada Adat dan Budaya).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan