Kepelbagaian karaktar memang telah lazimnya dari awal zaman. Sebab itu, kita jangan marah atau
sakit hati menerima atau melihatnya. Cuma perlu untuk kita meluahkan perasaan. Cara meluahkan
perasaan ini, terlalu sukar untuk kita memutuskan, macam mana cara terbaik, lantaran tidak semua
kita sependapat. Ada antara kita, pandai cakap....tapi tak pandai buat....jika buat pun nampak sangat
tak betul. Ada pula diam menahan sakit, kerana disakiti hati dan matanya melihat. Ada pula terlalu
berani, hingga dianggap EKSTREM. Memang semua nampak tak betul........tapi, seandainya yang
melakukan itu IDOLA anda, biar tak betul pun nampak betul......? Ini yang bikin susah....? takut nak
tegor, kerana takut sakit hatinya......lalu biarkan saja....?. Maka jadilah kita PENGECUT atau KHIANAT.
ADA TIGA pendekatan selalu diguna pakai: Pertama "janganlah kamu takut menegur kerana
kebenaran" Sabda Nabi SAW. yang ini dianggap EKSTREM. Kedua "ajaklah mereka kepada
kebenaran" Sabda Nabi SAW yang ini pula, tak diDENGAR. Ketiga "bertolong-tolonglah kamu demi kebaikan dan bersatulah kamu demi kebenaran". Sabda Nabi SAW yang ini pula dianggap TERRORIST. Demikianlah apabila IMAM menunggu JEMAAH dalam Masjid, tiada siapa yang mahu hampir dan masuk, termasuk mereka-mereka yang pandai bercakap. SAKIT TAK tentu sakit
bunyinya. Maka adalah orang kita guna pakai Sabda Nabi SAW yang berbunyi"janganlah kamu sakit menyakiti, kuatkan siratul-rahim dan jagai lah saf kamu.". Akhirnya satu saf pun tak penuh, jangan ambil hati bila kamu dikalangan orang-orang yang sentiasa memenuhi SAF.
Demikian juga soal kahwin Empat, kononya ikut Sunnah Rasul. Tengok bagaimana cara mereka nak
kahwin? Sebenarnya, jika kita lihat contoh KAHWIN, begitulah kebanyakan kita hari ini (bukan semua) menggunakan Sunnah Rasul sebagai jalan keluar memenangkan diri, biarpun caranya tidak betul...? atau semporna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan