Isnin, 19 Januari 2015

Saya buat pembetulan dengan penjelasan

Kadang-kadang saya cedok idea dari g+ tapi ada mungkin yang menganggap saya buat "U-TURN".
kerana mungkin mereka tidak dapat membaca fikiran saya.  Sebab itu saya sering cakap "SORRY" takut timbul salah-faham.  Saya jenis orang yang suka minta maaf dan memaafkan.  Melalui SUARA
saya amat begitu yakin dengan apa yang saya buat.  Cuma saya bimbang teman-teman tidak bisa
mencapai apa yang tersemat dalam fikiran saya.  Jika saya buat komen pun bukan semata-mata mahu
membuat komen, tapi meluahkan perasaan.  Bukan pada apa yang saya baca atau tengok, tapi pada
apa yang berlaku mengikut fikiran teman-teman.

Pernah saya buat komen tentang "Pernahkah burung sesat ?" saya tak ingat.  Fahami lah akan maksud
tersirat dengan gambar yang tertera.  Terima Kasih dengan Sham Mustapha.  Perkataan "SESAT dan
INGAT".  Dua perkataan yang penuh bermakna.  Tapi tiada sedikitpun komen itu, ku tujukan pada
Sham sendiri.  Komen itu lebih terbuka dan cukup luas.  Pernah juga saya cedok idea dari GOOGLE
mengenai "ROBOHNYA TEMBOK BERLIN".

Pernah juga saya buat komen "NO MORE MENU, SORRY".  Bagi saya MENU itu amat luas
pengertianya bila dirujuk pada gambar yang tertera.  MENU, bukan sekadar makanan, tapi boleh
diandaikan dengan pelbagai keperluan dan kehendak dan kemahuan. Begitu juga dengan perkataan
FEED THEM, bagi saya FEED dan THEM dua perkataan berbedza yang memerlukan pengertian yang luas.  Apapun boleh jadi FEED, apapun boleh jadi THEM.

Saya jenis orang yang sentiasa berhati-hati dengan BAHASA dan PERKATAAN.  Cuba anda fikir apa itu US...? bagi saya ada lima tentang dua huruf ini U dan S dan US sendiri.  Contoh US maksudnya kita, dan US juga nama sebuah Negara.  Jika U pula boleh jadi Kamu atau Kau.  Begitu
lah cara saya berfikir.  Dalam Bahasa Perundangan, bila kita salah satu hurufpun boleh jadi salah.
Contoh....Bad Mood dan Bed Mood....hanya dibedzakan oleh huruf E sahaja, jadinya lain.  Terima
Kasih jika mahu faham.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan