Semalam dijemput ke Majlis Perkhawinan Saudara Sepupu pada seorang YB yang memang akrab
dengan saya. Atas permintaan tuanpunya Majlis saya dijemput menyampaikan sebuah lagu, walaupun saya membantah, kerana sudah lama tidak berkaraoke. Maka terpaksalah saya, bernyanyi
juga dengan tajuk NASIB PANJANG.
Menyentuh tentang sendikata lagu itu......Saya suka bertanya, mengapa lagu-lagu lama suka sangat
menulis lirik menggunakan nama-nama tempat......? Namun apa yang ingin saya sentuh di sini, bukan pasal Majlis atau Karaoke. Tapi Budaya.
Akhir-akhir ini budaya bangsa sendiri hampir hilang dalam memeriahkan Majlis Perkhawinan atau
apa-apa Majlis lain, seperti Kenduri kesyukuran, Hari Jadi, Berkatan, Berkhatam dan Bernazar serta
yang lain-lain. Kenyataan ini hanya melibatkan Suku Kaum Bajau (tak kira apa Bajau pun), kerana
terlalu banyak Bangsa Bajau ini, ada lagi terbaru dipanggil Bajau Bugis bermakna keseluruhanya
Bangsa Bajau ini ada 9 spesis. Itu yang saya tahu, yang saya tak tahu mungkin ada lagi.
Bilamana saya pergi Arkib Negara, nak mengkaji tentang Suku Kaum Bajau, saya tidak pernah
menemui spesis-spesis lain kecuali hanya tiga (tak perlu sentuh namanya....sensitif). Maka saya mula
terfikir, mungkin semua ini terjadi atas sebab-sebab KAHWIN CAMPUR yang berluluasa di BUMI
SABAH tanpa ada ENAKMEN DALAM PERUNDANGAN. Sebabnya ada banyak juga bentuk
perkahwinan yang tidak berdaftar dengan MUIS (yang dipanggil Nikah Kampong).
Ketika saya menulis ini, ada pula berbisik menyatakan Bajau Pakistan dan Bajau India, hujung-hujung saya yang jadi nahas nanti...!!!!! Tapi tak apa demi menyatakan KEBENARAN. Pening juga
pihak BERKUASA bila buat OPERASI..!!!!! SABAH BAH ITU.....!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan