Rabu, 21 Januari 2015

CORETAN TERAKHIR MANSOR

"Aku tidak mahu engkau, terlalu mengikut kata hatimu, atau cuba membawa orang lain ikut cara kamu, atau mendengar atau mengikut orang pada jalan JIHAD,


sedangkan, mereka membunuh saudara mereka sendiri.  Mereka juga memusnahkan harta benda saudara mereka.  Mereka juga

sanggup menyeksa saudara mereka.  Lalu saudara mereka menjadi kacau-bilau kehilangan tempat tinggal (rumah dan segala keperluan hidup)."

"Jangannlah engkau bersubahat dengan mereka yang menzalimi saudara mereka.  Dan janganlah engkau tinggalkan anak isterimu kerana mengikut mereka ke jalan neraka.  Bersabarlah engkau
melihat kezaliman, necaya engkau akan selamat dengan kesabaran.  Bersyukurlah engkau sementara dengan apa juga rintingan, necaya engkau akan mendapat keberkatan."

"Lihatlah, bagaimana mereka hanya datang memasuki rumah ALLAH beramai-ramai, ketika hanya apabila ada pemimpin mereka bersolat.  Tidakkah mereka ini tergolong dikalangan orang-orang yang dusta.  Sedang waktu-waktu lain, sedikit pun diantara mereka tidak akan datang ke rumah ALLAH jika tiada pemimpin mereka bersama.  Tidakkah mereka ini tergolong dikalangan orang- orang yang mengada-ngada."

Demikianlah beberapa coretan yang Mansor tinggalkan sebelum Mansor menghilangkan diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan