Mati adalah pasti, hidup Insya-Allah. Demikianlah antara rangkap lagu Aku Milikmu nyanyian
Hermon Tino yang berdarah Jawa, kebanyakan lagu beliau berirama Dangdut atau lebih kurang
IRAMA PADANG PASIR.
Irama Padang Pasir, adalah irama seni, yang boleh dijadikan ilmu mempertahan diri, jika tahu
cara mendemonasikanya. Yang kami disini dipanggil "SERAMPADI". Kecepatan gerak langkah dan tangan hingga tidak kelihatan atau dijangka. Sebab itu dalam musik, sebenarnya ada irama (rahsia)
persilatan. Sama seperti Tai Szye yang berirama lemah lembut dan pukulanya selalu menepati sasaran, hingga kekutan lawan jadi lemah.
Dunia hari ini, cenderong dengan musik, namun adakah mereka tahu bahawa musik adalah Ilham, tanpa Ilham maka tiada ilmu (musik). Musik adalah 'STRATEGI', sebab itu dalam peperangan juga
ada musik yang menaikkan semangat kepahalawanan. Siapa sangka musik itu boleh dipelbagaikan, hingga kepada puncak kejayaan.
Hari ini, bagaimana musik telah menjadi satu agenda yang boleh menawan musuh hingga mereka
tidak sedar bahawa sebenarnya mereka telah diserang (budaya dan cara berfikir). Ingatkah, bagaimana GANG-GAM STYLE telah menjadikan corak berfikiran kita secara tidak sedar lari kearah KOREA (budaya Korea). Adakah Ghazal menjadi IDOLA anak-anak muda kita. Jika tidak,
bermakna kita telah tewas (tewas budaya). Budaya adalah agenda (cara kita dijajah hari ini), dan yang menjadi mangsanya GENERASI kita, bukan kita yang menunggu kubur kata mari, rumah kata
pergi. Aku hanya berpegang kepada Aku Milik MU (ALLAH), sebab itu apa juga yang aku hendak perjuangkan saat ini hanya kerana ALLAH.
Musik Korea telah bermain dibibir anak-anak kita, sedang musik kita tidak tersentuh. Berperang, banyak cara peperangan. Sebab itu, dalam mendidik anak-anak beragama, hendaklah selari dengan
musik, ditakuti mereka akan terperdaya nanti dengan musik, jika mereka dinafikan 100% tentang
musik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan