Dari Zaman USNO banyak sudah keluarga saya terlibat dalam politik, begitu juga dengan kawan-kawan sekolah. SMK. Tamparuli merupakan sekolah saya yang telah melahirkan banyak pemimpin-pemimpin politik dari sejak sebelum merdeka. Saya tak mahu menyentuh nama-nama mereka. Malah
hingga ke hari ini SMK. Tamparuli masih melahirkan pemimpin-pemimpin politik yang berpengaruh.
Selain itu, dalam bidang pentadbiran dan pengurusan juga SMK. Tamparuli telah banyak melahirkan
para cerdik-pandai. Pengarah Pendidikan Negeri Sabah ketika ini juga, merupakan kelahiran pelajar
SMK. Tamparuli, dan juga sekampong dengan datuk-nenek saya. Kenapa saya perlu menulis semua
ini, supaya mudah bagi anda mencari saya.
Kenapa saya tidak minat dengan politik, sebabnya mudah saja......siapa pemimipn dahulu itu, dialah
juga pemimpin sekarang ini. Tidak semua tapi, begitulah biasanya. Contoh di Tuaran, tempat saya
sendiri. Zaman Usno Datuk Dahalan.....Zaman sekarang Rahman Dahalan dan Datuk Azizi saudara
sepupu Rahman Dahalan. Jika ada yang dapat menewaskan mereka, hanya kerana dari kalangan
keluarga ini sendiri.
\
Di Kota belud, dari zaman USNO Said Keruak, jatuh kepada anaknya Datuk Salleh Datuk Said Keruak. Saya sebut semua nama-nama ini kerana mereka ini merupakan para pemimpin berbangsa
Bajau/Sama (Kota Belud/Tuaran). Kalau nak sebut, samaada saya ada hubungkait dengan mereka.
Jawapanya YA, kerana Bangsa dan Agama, lebih dari itu tak payah sebut. Maka jika mereka dihina
saya juga merasa dalam diri saya. Begitulah CONTOH segala masalah DUNIA hari ini!!!!!!!
Tapi sepatutnya perkara ini tidak berlaku, jika kita mempunyai cita rasa persaudaraan dengan tidak
memandang warna kulit, sebabnya kita semuanya adalah sama disisi ALLAH. Hanya Allah sendiri
dapat membezakan diri kita dengan orang lain, kita tiada hak berbuat begitu. Bagi saya, siapa yang benar, maka kita harus ikut dengan dia, jika tidak benar (biarpun Bapa sendiri) maka kita harus
menjauhkan diri dari dia. HAKIKAT.
"Katakan kepada manusia, bagaimana Malaysia Berpolitik, selain hanya diantara mereka dalam keluarga. Contoh paling akhir, iaitu hari ini "siapakah calon PH Semenyih, melainkan ada kaitan dengan calon lama yang telah tiada. Apakah maksud semua ini, selain menafikan hak orang lain yang lebih layak, tapi tidak bagi pandangan mereka (yakni manusia yang hanya memberi peluang kepada penyokong kuat parti)."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan