Rabu, 21 Januari 2015

BERSATULAH DEMI PERSAUDARAAN

SAMA (Special Al-Mahdi Army) atau di sama dengan BAJAU, merupakan satu bangsa yang
cukup kental kekuatan diri kerana Bangsa.


Sebut sahaja Bajau, berbagai-bagai macam terbayang>>>>>
dalam
fikiran.  Adakah mereka ini GANAS, PEMBUNUH, PENIPU, KEJI atau PEMBERONTAK>>>>>>>>>>>>
namun jika diukur dalam amalan berilmu, kebanyakan bangsa ini, lazimnya memang mempunyai
amalan kerohanian yang cukup terpelihara.  Kerana itu bangsa ini selalu mendapat tempat dalam
pelbagai jurusan bawahan (bangsa ini bukan jenis KEBENDAAN tapi PEMAKANAN - kuat
makan, maka kena kuat berkerja).  Namun Allah amat menyayangi orang-orang yang dipandang
(miskin/susah-payah).  Siapa sedar mereka kini telah berkeliaran serata DUNIA, hasil kahwin
campur.  Namun darah dalam tubuh mereka, adalah darah pejuang.  Jika sejarah Negeri Sabah
banyak menceritakan tentang Pahlawan Mat Salleh.  Sudah tentu cucu-cicitnya tetap masih hidup hingga ke hari ini.  Malah ada dikalangan mereka masih percaya bahawa semangat Mat Salleh masih
hidup dan terus hidup.

Seorang TOK (bahasa kami.....jika diIndonesia KIAI) pernah bercerita, andai ada dikalangan anak-
cucuku ditimpa MUSIBAH, ingat sahaja pada Allah dan nenek-moyangmu, necaya terbayang dan terasa semangat kekuatan diri dalam diri kamu. Bangsa Bajau bukan pendekar tapi pejuang.  Cerita
ini bukan (memanas fikiran) cuma cerita andaian, jika terjadi sebarang cubaan (perkara diluar jangka)

Bangsa Bajau mengikut sejarah, samada dari INDONESIA atau PHILIPPINE, ceritanya tetap SAMA
(serupa).....harap faham).  Darah mereka darah pahlawan.  Demikian juga MELAYU,  sebab itu
mereka hanya bersemangat bila disebut BERJUANG, kerana darah pejuang itu cukup kental dari
sejak zaman kesultanan Sejarah Malacca (kini MELAKA).  Sebab bangsa Malay merupakan satu
bangsa yang terlalu rumit untuk dibahaskan tentang asal-usulnya.  Mungkin juga melibatkan bangsa
Bajau itu sendiri tergolong dalam Melayu Kepulauan Nusantara.  Malah ada beberapa pendapat juga
menyatakan bangsa Melayu berada di BUMI NEW ZEALAND .

Membahaskan soal bangsa memang amat sensitif, sebab itu artikal ini bukan untuk tujuan itu, cuma
menceritakan suatu hakikat demi suatu keperluan, kerana bagi penulis, apa yang amat AFDAL adalah
AGAMA bukan bangsa.  Bangsa akan membuat kita berpecah-belah, tapi AGAMA akan membuat
kita bersaudara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan