Sabtu, 17 Januari 2015

KURANGNYA PENDEDAHAN MEMBUAT RAKYAT NEGERI SABAH (KAKU)

Sekurang-kurangnya PENDEDAHAN sisatan Double SIX membuka minda seluruh Pemimpin Sabah yang selama ini seumpama PAKU kena TUKUL hanya membiarkan diri mereka diketuk sesuka hati?  Lantaran Tragedi Double Six seumpama pemimpin Sabah yang maut dalam tragedi itu tidak dibela (Mati ANDAR) yakni mati sia-sia?



Kerana budi jasad tertawan, sebagai modal politik Negeri ini, hingga rakyat seperti tak mampu berbuat apa-apa.  Jika saya dianggap sebagai keterlaluan (extreme) sebenarnya saya rasa kebosanan


dengan segala macam agenda para pemimpin Negeri ini yang saya kira tidak kelihatan begitu jelas
di mata PM.  Sebentar tadi saya di sentuh dengan musibah banjir di Kudat dan Sandakan.  Tidak
seperti para pemimpin di WM, tapi pemimpin di sini membuat kenyataan begitu lemah dan tidak
sedikitpun memberi harapan kepada rakyat.  Saya sungguh sedih, melihat wajah mereka di siarkan
di TV, seolah-olah hanya sebagai satu kempen politik sahaja (menonjolkan diri).

Sebab itu, apabila saya melihat kaca TV, saya semacam tidak percaya adanya pemimpin kami di sini
seolah-olah kaku untuk bercakap.  Tapi kalau berucap, bukan main bagus, mungkin guna SKRIP kot.
Sebab itu saya tidak hairan jika rakyat Sabah juga dianggap kelas kedua, kerana mereka tidak begitu
menonjol bila berbicara.  Apa yang saya pernah alami, kebanyakan rakyat Negeri ini tidak berani
memberi persembahan di hadapan "AUDIENCE", seperti berceramah atau berucap secara "SPONTAN", kerana kebanyakan mereka tidak diberi pendedahan oleh pihak bertanggong-jawab.

Berapa ramai Pegawai Kerajaan boleh berbuat demikian, kecuali hanya mereka-mereka yang mungkin terlibat dengan kerja yang melibatkan banyak kegiatan luar.  Seorang teman yang boleh
dikatakan mempunyai jawatan yang tinggi dan memerlukan kecekapan bahasa untuk berhadapan
dengan pelanggan, begitu kaku hinggakan saya terpaksa membantu beliau berkomunikasi.  Maaf,
bukan semua tapi 10/100,

Sekian lama saya mengharap akan adanya Rakyat Negeri ini menonjol di BUMI MALAYSIA
dalam ARENA BERPIDATO, tak kesimpaian, kerana kurangnya pendedahan dari peringkat awal,
dan ada juga tidak diberi peluang langsung, walaupun ada bakat, lantaran tidak sejiwa dengan mereka.  Lalu dilebal sebagai EXTREME, LANTARAN MEREKA TAKUT TERGUGAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan