Sabtu, 4 Jun 2016

PERGINYA SEORANG LEGENDA

Bagi AKU........MUHAMMAD ALI bukan sekadar PENINJU.  Ketika BELIAU bertarung dalam DUNIA TINJU, AKU masih REMAJA.  Cara BELIAU bertinju membuat semua penonton terHIBUR.  BELIAU mempunyai GAYA tersendiri yang Aku kira masih belum ada penggantinya. Apa yang Aku maksudkan ialah.  DANCING BOXER FIGHTER.

Dengan gelaran THE GREATEST,  BELIAU tindak menampakan gaya hidup EGO.  Malah BELIAU merupakan PENINJU DUNIA yang MASHYUR hingga bisa meNAIKkan IMEJ ISLAM dimata DUNIA pada SAAT ITU.  TRAGEDI menimpa BELIAU dalam DUNIA TINJU apa bila BELIAU dijatuhkan HUKUMAN bilamana BELIAU enggan menyertai tentera untuk ke VIETNAM.

Pada ketika itu BELIAU memegang dengan KUAT pada ISLAM sambil mengatakan BAHAWA AGAMA (ISLAM) BELIAU tidak mengizinkan BELIAU BERPERANG (Dengan Maksud ISLAM AGAMA KEAMANAN).  Akhirnya BELIAU BERJAYA menentang HUKUM lalu dapat PEMBEBASAN.  Aku kira jika BELIAU pernah disebut sebagai AMERICAN HERO, itu adalah satu GELARAN yang CUKUP BERMAKNA sesuai dengan Nama Islam yang dipilih oleh BELIAU iaitu MUHAMMAD ALI.

Sebaik AKU mendengar BERITA kematian BELIAU, dalam keadaan tak terduga AIR MATA KU mengalir keluar.  Lantaran betapa Aku merupakan PEMINAT yang sentiasa mengikuti perkembangan BELIAU sekali pun dalam keadaan dimana BELIAU mula diLAPORkan menghidapi
PENYAKIT.  Ini kerana pada ZAMAN ERA BELIAU dalam DUNIA TINJU, kebanyakan yang berAGAMA ISLAM seperti meletakan setiap PERTARUNGAN yang BELIAU lalui merupakan PERTARUNGAN yang bisa mempengaruhi ISLAM.  Kerana itu tidak HAIRAN nama BELIAU amat SININOM pada setiap peminat TINJU SAAT ITU.

AL-FATHIAH, semoga Rohnya aman damai dalam persemadian dengan RAHMAT ALLAH berserta dengan orang-orang yang berIMAN dan berAMAL SOLEH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan