Ahad, 6 Januari 2019

HEBAT atau KEHEBATAN (TAJUK KHAS)

Jika kalian mengambil kira tarikh hari ini 7 Januari (1) cuba perhatikan akan Surah Al-A`raf (7) ayat (1) bunyinya "Alip lam mim Shaad" pantas Allah menyebut "janganlah ada perasaan SESAK di dadamu (kerana beratnya menyampai akan isinya)."


atau jika kalian mengambil bulan Jamadil Awal (5) maka akan terjadi (1:5) Surah Al-Fatihah berbunyi bermaksud "kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami mohon pertolongan"  HEBAT ALLAH.  Bagaimana kalian mahu menduga keHEBATan Allah, memilih hari ini Khalifah hadir bermula menjalankan PERINTAH ALLAH.  Dan tidak hari-hari lain.  

Pantas jika diambil kira hari ISNIN (2) selepas AHAD (1) maka tanggal 7 Janurai, lalu kalian lihat Surah Al-Baqarah (2) menjadi (2:7) Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka dengan tidak lagi memahami ayat-ayat Al-Quran.  Begitu HEBATnya Allah.  Jika kalian fikir, bahawa ini ciptaan Khalifah, maka samalah kalian sepertimana kaum pada zaman Rasullah yang mengatakan bahawa Rasullah itu mengada-ngada (mencipta Al-Quran).

Demikian antara lain keHEBATan ALLAH yang tiada seHEBAT Allah.  Maka mahukah kamu tunjuk HEBAT lagi, hingga memaksa kamu berhadapan dengan pelbagai azab musibah.

PELBAGAI BENTUK HEBAT MANUSIA LAKUKAN:

1)  Hebat dalam percintaan, rumah tangga, kejaya, perniagaan dan macam-macam lagi.
2)  Hebat dalam POLITIK, mahu berlagak bahawa hanya dia sahaja yang perlu didengar.
3)  Hebat dalam KUASA, mahu tunjuk lagak melanggar undang-undang sesuka hati.
4)  Hebat dalam BERFIKIR, mahu jadi pakar membuat analisis dan kajian.
5)  Hebat dalam ILMU, mahu menjadi manusia serba boleh, hingga tak mahu lagi dengar pendapat orang lain.  Maka itulah jenis-jenis tabiat manusia yang mahu tunjuk HEBAT, mengalahkan ayat-ayat Al-Quran (Qalam Allah).  Malah banyak lagi tabiat manusia berlagak HEBAT (seperti berlagak SAMSENG dan macam-macam lagi)  Membuli juga merupakan satu keHEBATan yang sering dilakukan oleh anak-anak muda (peringkat awal) yang disebut sekecil-kecilnya.  Perokok juga mahu tunjuk HEBAT, Perogol juga mahu tunjuk HEBAT, Pencuri juga mahu tunjuk HEBAT, Kaki Judi juga mahu tunjuk Hebat, panjang kata, semua pun mahu jadi HEBAT.

KESIMPULANYA:

Gara-gara mahu HEBAT pelbagai azab musibah melanda bumi dan manusia, hingga jalanrayalah yang terlalu banyak musibah menimpa, kerana para pemandu berlagak tunjuk HEBAT. main telefon, memandu tanpa lesen, memandu tidak ikut undang-undang dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan