Ahad, 5 Mei 2019

KEBUNTUHAN UMAT ISLAM SIRI KELIMA (5) terakhir.

Janji Merah melengkapkan Siri Terakhir: KEBUNTUHAN UMAT ISALM:


Namun apa yang mennyedihkan mereka berpecah belah demi kerana mengejar "NIKMAT" Keduniaan?

NIKMAT:
Sesungguhnya Allah telah memberi bukan setakat 31 Nikmat pada Surrah Ar-Rahman kepada manusia malah lebih dari itu sekali bersama segala rahmat yang lain.  Namun segala Nikmat itu bagi Umat Islam seakan-akan melupakan mereka tentang hari kebangkitan (pembalasan).  Apa tidaknya, apabila melihat kepada nikmat yang melempah-ruah yang Allah turunkan kepada Umat Islam, mereka menjadi leka dan lalai dengan dunia.

Mereka bersaing sesama sendiri berebut kuasa, harta benda dan kekayaan, hingga lupa bahawa mereka bersaudara,, lalu mereka menjadi seteru dan bermusuh-musuhan, berdengki-dengkian, fitnah-memfitnah, caci-mencaci sehingga mereka berrselisih-faham.

Paling menyedihkan, ada dikalangan mereka mempergunakan ayat-ayat Allah menyerang sesama mereka, padahal mereka lupa, bahawa mereka sebenarnya mempersendakan Agama Mereka.  Mereka (Ingkar) ini tidak serik-serik melakukan perkara MUNGKAR.

Mereka tegurr-menegur perkara yang sama (yakni mereka sendiri jua melakukannya) bukan kah perbuatan mereka itu menzalimi diri mereka sendiri.  Lalu mereka bersekongkol dengan orang kafir menyerang saudara mereka sendiri, malah mereka mengambil orang kafir sebagai pembantu mereka, adakalanya mereka lebih menerima pendapat orang kafir dari pendapat para Ulama.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan