Jumaat, 7 Ogos 2020

TERKINI : UMNO, PAS Perlu Perkukuhkan Majoriti - Tan Sri Dr Rais Yatim

Siapakah Tan Seri Rais Yatim pada kancha mata KAMI? Beliau dahulunya pernah suaranya berkemundang di Radio Klasik sebagai tetamu jemputan dengan pendekatan mengikut Surah Ali Imran ayat 104, malangnya kata-kata itu hanya seumpama main mulut beliau, manakala cara beliau bertindak amat bertentangan dengan ayat tersebut. Dari situlah KAMI melihat POLITIK hanya mendatangkan KEROSAKKAN dan Memecah-Belahkan UMAT.
Keyakinan dan ketegasan beliau yang selama ini KAMI sanjung, terus menurun dengan begitu menyedihkan, sehingga KAMI sedikit pun tidak lagi menaruh keyakinan terhadap beliau.

 Tan Seri Rais Yatim! Satu-satunya Pemimpin yang pada masa dulu ku kagumi.  Aku melihat pada ketegasannya.  Namun apabila dia kembali menyertai Tun Mahathir (Parti UMNO Baharu) selepas bersama Tengku Razeligh Hamzah dalam Parti Semangat 46 aku mula mencurigainya.  Dan apabila BN tewas pada PRU14 sekali lagi dia mengikuti Tun. Mahathir ke PPBM (BERSATU).

Hari ini Tan Seri Rais Yatim mula mengkritik Tun Mahathir sebagai memecah-belahkan orang Melayu apabila menubuh Parti Baharu (Pejuang) dengan menaikkan Anaknya Mukhriz Tun Mahathir sebagai President Parti itu kelak, apabila mendapat kelulusan Pendaftaran dari ROS (sementara ini dinamakan BEBAS sahaja).

Apakah Tan Seri Rais Yatim akan kekal dengan BERSATU (PPBM) selama-lamanya?  Aku akan terus mengikuti perkembangan Politik Beliau?  Selain Rais Yatim aku juga mengkagumi Politik MUSA HITAM! Tok Mat (Timbalan President UMNO hari ini). 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan