Selasa, 29 Ogos 2017

SABAH PESAT MEMBANGUNAN.

Ketamakkan menunjukkan kemampuan, hingga mengambarkan Sabah Pesat Membangun. (gambar dipetik dari Sabah Post bertarikh 20 Mac, 2019) selepas ARTIKEL ini ditulis 29 Ogos, 2017 (updated)


Namun Akibatnya banyak bangunan di BINA hanya Bangunan Kosong yang tidak mempunyai penyewa dan mendatangkan HASIL.  Ketahuilah, bahawa Penduduk Kota Kinabalu City, hanya mencecah sekitar 500 ribu orang.  Maka pembangunan KK City hanya kelihatan BERGAYA tapi mengakibatkan suatu masa akan datang banyak peniaga GULUNG TIKAR.

Mujur hari ini, kedatangan PELANCONG dari KOREA, CHINA dan JAPAN banyak membuat KK CITY seperti Bandar SIBUK.  Namun, para peniaga banyak mengeluh yang Musa Aman tak pernah tahu, apa lagi mahu tahu.  KM hanya mendengar yang disampaikan oleh orang-orang bawahan yang juga BUTA KENYATAAN HIDUP (hanya tahu mengampu dan memberi laporan PALSU).

Mujur Khalifah tidak mahu tahu semua ini, kerana hubungannya tiada  kena mengena dengan URUSAN Khalifah,, namun suatu masa nanti semua ini akan membinasakan Rakyat. Maka yang jelas terkesan Rakyat yang Beragama Islam.  Maka Khalifah menegur KM sebagai Pemimpin yang beragama Islam jangan LUPA AKAN AMANAH ALLAH, kelak kamulah manusia pertama ditanya...?
Apakah yang telah kamu buat sebagai seorang Pemimpin.  INGAT..!!! bahawa kamu itu beragama ISLAM dengan menggunakan Nama NABI (MUSA) maka jagalah nama NABI itu jangan ROSAKkan dengan Akidah dan Akhlak yang meruntuh IMEJ ISLAM.

Jumaat, 25 Ogos 2017

KENAPA ITU ANGKA....?

Apakah ISU "FIGURES" hari ini menyamai akan tajuk ini sepertimana telah mendatangkan pelbagai bencana kepada manusia? (gambar hanya HIASAN)


"Allah mengutus Engkau kepada Manusia dan Dunia, agar mereka melihat dan membaca serta mengamal ayat-ayat Al-Quran dalam hidup, bukan hanya sekadar dibuat perhiasan.  Lalu mereka mengambil kesempatan mengukir nama-nama mereka sempena Al-Quran.  Namun dalam jiwa mereka terlalu KOTOR, malah tindak tanduk mereka MENJIJEKKAN (Memalukan, yakni tiada kenampakkan siri-siri seorang MUSLIM)."

"Bagaimana DUNIA hari ini, telah mula menganjurkan WORLD QURAN HOUR (sebaik sahaja Engkau Kami utus, yang sering menceritakan tentang Al-Quran dengan menggunakan ANGKA.
Kenapa sekian lama dahulu mereka tidak terfikir...?"

"Apabila Allah mengutuskan kepada Engkau IHLAM penggunaan ANGKA, akhirnya mereka melihat dan membuka Al-Quran, jika tidak bagaimana mereka tahu akan ISI KANDONGANNYA jika Engkau hanya menyebut Surah 104 atau Surah 56, sudah tentu mereka membuka Al-Quran.  Demikian juga jika Engkau sebut ayat 109  112   113   114  Surah 2 dan Surah 3, bagaimana mereka tahu jika mereka tidak membuka Al-Quran."

"Maka manusia dan DUNIA telah mula sedar, betapa selama ini mereka telah LALAI dengan kerasukkan KUASA dan PANGKAT."

Khamis, 3 Ogos 2017

SIAPA KHALIFAH ?

Bismillahi ALIP LAM MIM NUUN:
Dengan izin ALLAH,  KHALIFAH INGIN MEMBERITAHU HANYA EMPAT PERKARA
1)  PERLINDUNGAN CAHAYA MATAHARI:
Pernah berlaku suatu hari dalam cuaca yang tersangat PANAS, Khalifah memohon perlindungan Allah, lalu tiba-tiba datang seketul awan bertompok hitam menutup Cahaya Matahari.
2)  MELIHAT BINTANG SIANG HARI:
Pernah terjadi, ketika itu Khalifah memohon petunjuk kepada Allah mengenai Tanda-Tanda sebagai Bokti.
3)   MELIHAT BULAN DI SIANG HARI:
Ketika itu Khalifah berteduh dibawah sebatang pokok kira-kira jam 1.00 petang, dalam cuaca panas terik.
4)    BERCAKAP DENGAN ANGIN:
Ketika itu Angin Ribut sedang melanda dan memrosakkan banyak khemah-khemah peniaga jalanan (penjajah).  Lalu Angin itu secara tiba-tiba berputar ke arah lain.




Sabtu, 22 Julai 2017

SEMINGGU DI KL (SEMENANJUNG)

CUBIT - CUBIT SAYANG, SINDIR-SINDIR KASIH:.......



Dr. Asmadi:  tahu tak Manan, hari itu kawan kamu beritahu aku, nak pindahkan rawatannya
                       ke SELAYANG, dan minta aku menjadi Dr. Pakar kepadanya.
Manan       :  kalau macam tu eloklah, tapi ada satu hal........entah - entah kawan aku tu suka
                       Sofiah kot, tunang kau tu......sebab hari itu banyak sangat dia mahu tahu tentang
                       Sofiah.
Dr. Asmadi:  mulut kau tu baik-baik Manan, jangan main cakap saja.  Ha.....macam ni, kalau
                       pendapat aku,  kawan kau tu tak punya isteri, dan macik Senan pula tak punya
                       suami.  Kalau macam itu.......aku lebih percaya.
Manan:          Doktor......doctor jangan cakap macam tu.....itu doa tahu...a.aaaaku
Dr.Asmadi:   Gelabah Nampak......ada apa-apa kah Manan
Manan:          Engkau tahukan Dr.......,  Manan berkenan dengan Cik Senna tu.....
Dr. Asmadi:  tahu pun, lain kali jangan main cakap saja, engkau kena kan aku, tapi bila aku
                       kenakan kau.......ah, padan muka.
Manan:          Maaf lah Dr.  sebenarnya Manan gurau saja, tapi tak elokkan gurau-gurau
                       macam tu.......macam salah sangka pula.....
Dr.Asmadi:   tahu tak apa.  Lain kali jangan buat lagi.......aku nak cepat ni.....mana Surat
                       Khabar aku tadi.....?

Demikian sesuatu gelagat gurau senda sering membuat atau menimbulkan sikap salah sangka kepada kebanyakkan Rakyat Malaysia.  Kadang-kadang dalam bergurau, timbul perasaan dendam, cemburu, lagi yang paling berBAHAYA, jika PERCAYA. 

Dalam kita mengamalkan BUDAYA BERMASYARAKAT, KITA KENA JUGA BERWASPADA, kerana terlajak PERAHU boleh diundur, terlajak CAKAP buruk padanya, bah kata petikan dari seorang PUITIS:
1000 kali aku menulis
sekali aku berkata
itu yang diambil HATI..........bermakna, walau pun telah banyak meluahkan dalam tulisan, namun kepercayaannya atau penerimaannya lebih kepada apa yang diCAKAP.



Khamis, 20 Julai 2017

POKOKNYA APA ? lalu TERLAMPAU DIKADANG MENTAH

BISMILLAHI LAHILAHILLAH LAHAULAH WALAKHUATHA HILABILAH, HAMABAK.......
udah kelamrinnya Khalifah mahu kalian mencari POKOKNYA (bermaksud apakah Nama POKOK itu.....?  lalu bagaimana rupa buahnya, rasa buahnya, lebat daunnya, tumbuh suburnya,
beban usianya, malah lebih dari segalanya......?)

Lalu KHALIFAH terus bertanya mengapa TERLAMPAU DIKADANG MENTAH......??  Eloknya, pada ketika kerumitan melampaui BATAS bersusilah, lalu terBAWA-BAWA kepada beber berAGAMA hingga melepasi BATAS WAKTU (yakni mengabaikan yang AFDAL), tidak kah terfikir antara kita, melihat lebih jauh dari pelbagai SUDUT keARIFAN ciptaan ALLAH mengenai pelbagai CIPTAANNYA (ALLAH) melampaui BATAS sekalian ILMU yang ADA pada
diri manusia itu sendiri.

KAPAN kah kalian harus punya waktu yang sepaling BAIK bermuafakat, bukan hanya mencari perSENGKATAAN sambil menonjolkan diri dikhalayak.....???  Sedang diri ini, apa kalian CUKUP mengerti setiap BARIS-BARIS IHLAM ALLAH turunkan melalui Al-Qalam "NUUN" yang tersusun seribu pensembunyian RAHSIA, yang selama waktu berlalu, dikupasi oleh para KIAI juga PARA TABIIN, lalu cuba kamu genggam kedua tapak tangan kamu, lalu buka semula, maka apa yang sebanarnya kalian paling jelas NAMPAK......???  adakah ILMU kalian udah menjangkau ke sana.....???  Jika tidak......bagaimana kalian mengangkat kedua belah tangan terbuka tadi memohon DOA kepada ALLAH.....??? INGAT IHLAM ini berterusan mengejar setiap saat UMUR USIA KALIAN mulai SAAT INI....??> KHALIFAH berdiri paling hadapan menjadi SAKSI.....Insyallah.

Rabu, 19 Julai 2017

RUKUN NEGARA KE 5 VS RUKUN IMAN KE 5

CUBIT-CUBIT SAYANG, SINDIR-SINDIR KASIH:
Senna:  Apa nih Manan, Nampak macam GELISAH aja....
Manan: Oh Senna, nih ah,,,,budak Eman tu, janji dengan aku nak jaga kedai
Senna:  Jaga kedai, kenapa.....?  mengapa pula tiba-tiba suruh budak tu yang jaga kedai
Manan:  Aku nak KLIA, jemput kawan
Senna:  (kehairanan) jemput kawan...kawan dari mana pula tu Manan...?
Manan:  Malaysia juga, dari Kota Kinabalu
Senna:  Lelaki kah perempuan....?
Manan: kamu nih Senna, tak habis-habis mengusik aku.  Lelaki lah, tak kan perempuan
Senna:  Dah khawin kah belum....? 
Manan:  Ini yang buat aku serba salah nak jawab, macam aku
Senna:  bukan apa saja nah tahu, kan elok juga.  Beginilah Manan, kalau awak percaya dengan aku, biar aku yang tolong jaga kedai...?
Manan:  betulkah Senna,,,terima kasih....Aku mestilah percaya...macam aku percayakan diri ku sendiri....kalau macam tu aku jalan dululah nanti terlewat pula
Senna:  Ah Manan, kawan kau tu, tinggal dekat mana nanti....?
Manan:  Senna, senna....tak habis-habis nak tanya. Dia nak tinggal HOTEL, tapi Manan jemput tinggal di rumah..
Senna:  Elok juga tu, boleh lah kenakan dengan kami.....?
Manan: (Garu kepala) aduhai Senna...~~!!!

Situasi cerita diatas mengambatkan citi-ciri Rukun Negara Ke 5 (Kesopanan dan kesusilahan), namun dalam pada itu, harus juga diingat bahawa adakah menjadi AMALAN RAKYAT MALAYSIA seperti MANAN menjemput kawannya tinggal di rumah....???  Lalu apabila kawan Manan tadi tinggal di rumah, sudah tentu SITUASI itu jauh berlainan,,,,apa lagi kawasan rumah Manan itu adalah sebuah Taman Rukun Tetangga......sudah tentu ramailah yang nak tahu tentang kawan Manan itu nanti.......???  Maka akan hadirlah RUKUN IMAN KE 5........???

Selasa, 18 Julai 2017

TAHU DI UNTUNG

Adakah bawa bersama BUAH TANGAN>>>>Jelajah Pantai Barat Sabah? Jangan tersalah TAFSIR? Kami sekadar datang berziarah, andai ada sudi bersapah? Bah kata pepatah jauh dimata
dekat dihati, biar pun terasa pelbagai perisa, namun tetap tabah menghadapi.



Seloka berbudi menyanjung ADAT
bicara pantun seorang pemuda tahu di UNTUNG
dek tahu diri hanya dagang meREMPAT
dimana bumi dipijak disitu langit di JUNJUNG

Pintu terbuka datanglah bertandang
membina Mahaligai puncak harapan
sudah pun DENGAR jangan lagi di PANDANG
RADIO KLASIK juga jadi PILIHAN

Maka disampok kawan duduk sebelah kanan
jika RADIO KLASIK jadi pilihan adakah bawa bersama BUAH TANGAN

Penyanyi bukan penari pun bukan
datangnya hamba hanya berhibur
BUAH TANGAN ada di tangan
cuma tak tahu dengan siapa hendak diHULUR

Demikian adat beradat zaman silam sebagai penyambung SIRATULRAHIM, namun keadaan sedemikian masih ADAkah diamal pada ZAMAN INI.  Demikianlah ZAMAN mengubah kehidupan, ADAT dan BUDAYA.....jangan bilang dalam BERAGAMA, segalanya menjadi tempias oleh perubahan ZAMAN....???

Sebagai Hamba ALLAH hanya tahu di untung, maka hamba hanya mampu berusaha sedaya yang termampu mengubah diri sebelum mengubah disana sini yang tersangat menykitkan HATI.......hati yang terluka......???