Selasa, 13 Jun 2017

SURAH AS-SAFF (14 AYAT) 14/6/17 ARBAA (4)

"Wahai Khalifah Ku, sedang kami menjadikan 3 WAKTU itu (Arbaa Rakattin), kerana Kami tahu masanya terlalu panjang bagi manusia beramal dan menyembah Kami.  Lalu Kami panggil Engkau hari ini membuat perbedzaan yang mereka (yang INGKAR) tidak menyangka-yangka,
bahawa sesungguhnya KAMI Maha Bijaksana,"

"Wahai Khalifah Kami, carilah sebanyak 30 Juz Al-Quran itu, dengan 114 Surah, sebuah SURAH yang mengandungi (14 ayat), dan pilih ayat 6 (14/6/17) ), untuk Engkau bacakan atau sebarkan kepada Dunia dan Manusia (yang mungkin LUPA), lalu ingatkan mereka (Surah As-Saff ayat 6) berbunyi bermaksud......Dan (ingatlah) ketika ISA Putera Maryam berkata "Wahai
Bani Israil, sesungguhnya Aku adalah Utusan Allah kepada kamu, membenarkan Kitab (yang turun) sebelumKU iaitu TAURAT dan memberi KHABAR GEMBIRA dengan datangnya seorang RASUL sesudah Ku yang bernama AHMAD (MUHAMMAD).  Maka tatkala RASUL itu datang  kepada mereka dengan bukti-bukti yang NYATA, mereka berkata "Ini adalah sihir yang nyata".

Demikian lah apabila mereka sememangnya INGKAR, membuat alasan sebagai mengada-ngada, lalu perkara yang sama terjadi juga kepada ENGKAU diperkatakan sebagai orang GILA), lalu bacakan kepada mereka mengenai ayat Kami pada Surah Al-Qalam (yang kami berikan kepada ENGKAU QALAM KAMI yakni IHLAM atau SUARA) yang ENGKAU sedang TULIS dan juga sebelumnya sebanyak mana yang Engkau telah tulis (sebanyak yang Kami telah turunkan).

"NUUN, Demi QALAM dan apa yang mereka tuliskan (1) Dengan berkat nikmat Tuhan Engkau, Engkau bukan lah orang GILA (2) Dan sesungguhnya bagiMu pahala yang tidak putus-putusnya
(3) Dan sesungguhnya Engkau berbudi pekerti yang LUHUR (4) Maka Engkau akan melihat dan (juga) mereka akan melihat (5)  Siapa diantara kamu yang GILA (6)."  Surah Al-Qalam ayat 1-6)

Demikian Kami menepis (yakni menafikan) pendustaan mereka yang mengatakan Engkau GILA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan