SURAT TERAKHIR TAHUN 2019M:
Dengan nama Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Wahai anak-anakku.........
Sesungguhnya bumi yang kamu huni dan tempat tinggal hari ini dan hari-hari akan datang tiada lain melainkan bumi yang berusia telah TUA. Maka bacalah akan tajuk "Bersiap Persiapan" & "Suatu Kesedaran (Peringatan) yang Kami sediakan untuk kamu selepas ketiadaan kami.
Wahai anak-anakku........
Sedarilah oleh kamu, Al-Quran (3:26) kerajaan yang kalian ada di dunia hari ini, hanya kerajaan yang dikehendaki oleh Allah, necaya akan Allah tarik kembali bila tiba saatnya. Maka janganlah kamu mudah terperdaya dengan Janji-janji Pemimpin yang kamu ikuti, sesungguhnya mereka itu dalam kesesatan (Al-Quran 2:16) dengan berkata dan menjual ayat-ayat Allah dengan begitu murah, Al-Quran (2:41). Bertakwalah kepada Allah, Al-Quran (4:1) dan perbaikilah hubungan sesama kamu, Al-Quran (8:1)
Wahai anak-anakku......
INGATLAH! Berapa banyak penduduk sesuatu negeri (Negara) yang telah Allah binasakan, Al-Quran (7:4) dan bacalah Al-Quran (14:5) serta takutlah kamu akan hari (Akhirat) Al-Quran (2:48) dan mohonlah kepada Allah, Al-Quran (7:151) & (18:24) & jagalah budi pekerti kamu, Al-Quran (24:18) tidak kah kamu perhatikan bahawasahnya Allah menciptkan langit da bumi dengan penuh hikmah, Al-Quran (14:19) dan jangnlah kamu anggap bahawa Allah itu lalai, Al-Quran (14:42) Sesungguhnya Al-Quran itu adalah penjelasan yang lengkap bagi manusia, Al-Quran (14:52). Wahai anak-anakku semuanya yang Kami sebutkan diatas telah pun kami terangkan sebelum ini melalui Face Book (FB) kami.
Wahai anak-anakku.......
Ketahuilah Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Al-Quran (40:20) & (40:40) lalu ketahuilah bahawa mereka yang memiliki kerajaan "GELISAH", Al-Quran (42:14) & (2:19). Sesungguhnya Allah itu mengethui apa sahaja yang disembunyikan, Al-Quran (28:69) dan janganlah kamu terlalu mengejar duniawi, Al-Quran (69:28).
Wahai anak-anakku.....
Ingatlah! ketika Lukman berpesan kepada anaknya, Al-Quran (31:13) & (31:34). Maka lihatlah bacalah Al-Quran Surah Ar-Rahman (55) 78 ayat betapa Allah mengatakankan 31 kali tentang NIKMAT yang manakah yang kamu dustakan? Dan perhatikan ayat (31:31). Maka perbanyakkan sikap SABAR & BERSYUKUR
Wahai anak-anakku......
Tak kala hari menjelang siang? segala hidupan bingkas bangun mencari REZEKI, menuai dan mencari CINTA sambil merasai NIKMAT kerhidupan. Bila malam menjelma ada pula yang masih merayap? ada yang tertidur? ada yang terlena dibuai mimpi menaruh harapan HARI ESOK adakah akan ada lagi? Al-Quran (8:11). Maka senintasalah selalu BERINGAT!!! jadikan Al-Quran teman hidupmu yang tetap akan memberi kamu petunjuk, Al-Quran (1:6).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan