Khamis, 28 Mei 2020

TUN MAHATHIR DAN POLITIK MALAYSIA

Hari ini (17/12/2022) Tun Mahathir meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti PEJUANG (gambar). Seperti segalanya sudah terlambat, selepas Tun Mahathir mencemar namanya sendiri sebagai seorang NEGARAWAN apabila hilang wang pertaruhan pada PRU15?


Parti Pejuang adalah Parti PENGKHIANAT>>>>>


Tun Mahathir mengubah segala-galanya mengenai Sabah/Sarawak bermula dengan penggunaan MASA hingga Tragedi Double six


RINGKASNYA: Siapakah Tun Mahathir:

Tun Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia Ke4 (selama 22 tahun) selepas melepaskan jawatannya kepada Tun Abdullah, Tun Mahathir aktif semula dalam berpolitik apabila tidak senang dengan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Ke5) lalu berusaha menjatuhkan Tun Abdullah.  Lalu Najib Razak naik menjadi Perdana Menteri Ke6.  Tun Mahathir juga tidak senang dengan pentadbiran Najib Razak, lalu berusaha menjatuhkan Najib Razak melalui Penubuhan Parti Baharu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) PPBM.  Pada PRU14 PH (Gabungan 4 Parti: PPBM, PKR, DAP dan AMANAH) memenangi PRU14 dan Tun Mahathit menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke7. Selepas 22 bulan memerintah, Tun Mahathir meletak jawatan lalu dilantik semula sebagai Perdana Menteri Sementara oleh Duli Yang Maha Mulia Agong sementara menunggu pemilihan Perdana Menteri Baharu yang mendapat sokongan majoriti.  Akhirnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri Ke8 (Dari Parti PPBM).  Tun Mahathir kurang puas hati, lalu cuba berusaha lagi melakukan pelbagai AGENDA menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dan akhirnya Tun Mahathir (dengan 4 orang lagi) termasuk anaknya Datuk Mukrizh Mahathir dilucutkan keahlian mereka dalam PPBM.  Maka kini Tun Mahathir (Bersama 4 yang lain) telah tidak mempunyai sebarang Parti.

TUN MAHATHIR TANPA PARTI: 
Difahamkan PARTI yang ditubuhkan TUN MAHATHIR dengan menggunakan LOGO dibawah>>>>bernama PEJUANG. Pendaftaran telah dihantar kepada ROS untuk proses PENDAFTARAN.

Bermula semalam (28/5/20) Tun Mahathir sudah tidak mempunyai Parti?  Apakah Tun akan menubuhkan Parti Baharu? Atau mahu Masuk PKR? DAP? AMANAH? Secara Lojiknya Tun Mahathir memang tak suka dipimpin oleh orang lain? Maka jika Tun masuk PKR (Ada Anwar Ibrahim, Isteri dan anaknya) masuk DAP (Ada Lim Kit Siang & anaknya) masuk AMANAH (Ada Mat Sabu) melainkan jika ke tiga-tiga partti ini memberi ruang kepada Tun Mahathir menjadi Ketua Parti? Ada kemungkinan Tun Mahathir berfikir? Namun hakikatnya Tun Tetap tidak akan berbuat demikian, kecuali mempunyai sebab-sebab tertentu (yang KUKUH)!?

Maka kini! Apakah rancangan Tun Mahathir seterusnya dalam AGENDA menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tanpa Parti (BEBAS)!?  Jika melihat ringkasan siapakah Tun Mahathir? Adalah jenis manusia tak suka melihat manusia lain senang (BERKUASA) dan senang melihat orang lain susah (KETIKA BERKUASA) agar tidak mampu mentadbir Negara Malaysia dengan baik>>>dengan alasan tersebut Tun Mahathir MEMBUKTIKAN dirinya lebih BAIK dan HEBAT dari semua Pemimpin yang ada di Malaysia (Sebagai NO.1).  Sebab itu Tun Mahathir suka membuat Politik Malayia HURU-HARA?  Dan hingga ke hari ini Tun Mahathir dikira BERJAYA dengan apa juga AGENDANYA dalam mengusar-kasirkan POLITIK MALAYSIA!  Bagaimana pula situasinya ketika Tun Mahathir hari ini sebagai pertama kali dalam hidupnya berjuang (TANPA PARTI) dalam POLITIK MALAYSIA? Mana mungkin Tun Mahathir akan kembali semula kepada UMNO (dan mana mungkin juga UMNO akan menerima Tun Mahathir semula)? bersambong dalam tajuk lain???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan