Isnin, 7 Ogos 2023

NABI MUHAMMAD and AL-QURAN

 Allah Illahi memilih tajuk ini sebagai menurunkan IHLAM, lantaran telah banyak penistaan manusia terhadap kedua-duanya (Nabi Muhammad dan Al-Quran) terjadi pada Dunia Hari Ini #dhini.

Apakah yang menjadi ISU HANGAT mengenai kedua-duanya (Nabi Muhammad dan Al-Quran)? Selain meragui bahawa Nabi Muhammad itu "BUTA HURUF" sambil mempersoalkan bahawa Al-Quran itu perkataan Muhammad (bukan Wahyu dari Allah)?

Penulis mengambil contoh ayat 17 hingga 18 (gambar atas) petikan dari Surah Al-Qiyamah (75), lantaran lebih JELAS dan TEPAT sebagai memperbetulkan segala TOMAHAN yang dilemparkan terhadap kedua-duanya (Nabi Muhammad dan Al-Quran), sebagai berikut:

1) BUTAHURUF:

Mengapa timbul tohaman mengenai benarkah Nabi Muhammad itu BUTA HURUF? Bilamana didalam Al-Quran tersebut tafsiran berbunyi "bacalah atas nama Tuhanmu" seolah-olah mengambarkan Nabi Muhammad itu mampu membaca?  Bukan begitu kiranya?  Walhal, makud baca itu lebih tetap SEBUT atau CAKAP?  Oleh kerana tertulis dalam Al-Quran maka ditulislah "BACA", sedangkan Nabi Muhammad menyebutnya melalui percakapan (menyampaikan kepada para pengikutnya) bukan membacanya, lantaran pada ketika itu Al-Quran belum lagi ditulis, masih terkumpul dalam DADA Muhammad.  Fikir-fikirkan?

2) AL-QURAN bukan WAHYU:

Nah! Bagaimana bunyinya Ayat 19 Surah Al-Qiyamah berikut:

Maka amat JELAS ternyata pada ayat diatas, bahawa Muhammad langsung tidak tahu menahu akan hal tersebut, melainkan biar Allah sendiri menanggung segala penyataannya.  Jadi, bagaimana manusia yang mendustakan Al-Quran mengikut ayat 49 Surah Al-Musalat mengada-adakan cerita bahawa itu bukan Wahyu? Lalu pada ayat 50 Allah bertanya>>>"apakah lagi sesudah Al-Quran yang akan mereka percaya? Fikir-fikirkan?  Kerana tiada lagi KITAB yang diturunkan oleh Allah selepas Al-Quran (Al-Quran itulah Kitab terakhir)>>>>bersambong pada Part II

Tiada ulasan:

Catat Ulasan