Kalau masih ada Para Ustaz yang cuba meramal lagi tentang Imam Al-Mahdi akan muncul sebelum tahun 2030 ternyata mereka tak serik menjual ayat-ayat Allah dengan sunnah Rasullah sebagai bahan sandaran>>>>
Imam Al-Mahdi akan muncul samaada tepat pada tahun 2030 atau selepas itu (tahun-tahun berikutnya), bagaimana pun pada tahun 2030 bersamaan 1451H/1452H berakhirnya ayat Surah Ibrahim 14 mengandungi 52 ayat. Malah pada 1451H/1452H umat Islam akan bertemu Bulan Ramadan dua kali (Awal Januari dan Akhir Disember, 2030)
Jika benar Imam Al-Mahdi akan muncul 1451H/1452H makanya ada lebih kurang 5-6 tahun dari sekarang. Pantasnya apa akan berlaku sepanjang 5 ke 6 tahun bermula dari sekarang sebelum tiba tahun 2030M atau 1451H/1452H.
Sepanjang 5 ke 6 tahun dari sekarang Bumi akan berdepan pelbagai bencana Alam termasuk kekurangan makanan akibat bencana alam. Pelbagai lagi malapetaka akan menimpa penduduk Bumi dari sudut Politik, Ekonomi dan Kuasa, kerana bermunculan pelbagai ONAR SI DAJJAL dengan bermacam-macam propaganda.
Fitnah juga semakin menjadi-jadi dan yang peliknya segala fitnah yang mendatang begitu mudah dipercayai. Akibat Fitnah inilah kehidupan manusia mula tidak harmoni dan suasana menjadi kacau-bilau semakin parah (menjadi-jadi).
Tiadalah erti ketenteraman dan kedamaian segalanya menjadi sulit ditambahi dengan Akhlak para pemimpin semakin tidak terkawal (tidak takut lagi mengenai dosa). Malah setiap hari dosa berlaku dimana-mana sehingga tiada lagi rasa takut kepada Allah Maha Berkuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan