Apakah kaitan tanda (:) titik bertindih jika diguna pakai dalam System Digital pada Al-Quran?
Sepatutnya tidak boleh dilakukan, namun kerana telah menjadi amalan sekian lama membuat mengapa Al-Quran dibenci, Umat Islam juga dibenci. Maksud (:) adalah pertentangan antara Allah dan Hambanya yakni Persaingan Kalimah Alip dan Baa pada Bismillah #biarlahrahsia>>>>
Hari ini mana yang BENAR "TECHNOLOGY" atau Allah Maha Berkuasa lagi Maha Pencipta? Betapa sulit kalian membedzakan KEBENARAN dan KEPERCAYAAN, lantaran technology ternyata terjadi depan mata kamu "BENAR", jadi Allah itu x BENAR lalu kamu hilang KEPERCAYAAN? Lantaran tidak berlaku depan mata kamu? KewujudNYA?
Kegagalan membedzakan keBENARan dan kePERCAYAan membuat Para Agamawan keliru sehingga membuat Umat manusia sulit mengetahui mana yang patut dipatuhi atau diikuti.
Peringatan Allah kepada Umat Manusia dari Surah Ar-Rum ayat tiga puluh, Al-Quran (30:30) Apa yang benar hanya Perintah dan Larangan Allah dan apa yang Wajib dipercayai hanya Allah yang Maha Satu (Ahad).
Malangnya situasi melanda dunia hari ini sepertinya apa sahaja Perintah Pemimpin seolah-olah itulah yang BENAR sekali pun bertentangan dengan Perintah Allah. Apa yang Pemimpin cakap itu yang dipercayai, walaupun melanggar Perintah Allah.
Umat manusia tidak ragu-ragu mempercayai cakap Para Pemimpin (terutama Pemimpin Politik/Parti) sehingga sanggup mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak mematuhi atau mengikuti perintah mereka (perintah bertentangan perintah Allah), seolah-olah Pemimpin mereka lah menentukan segalanya (sebagai yang benar).
Paling menghairankan bila orang kafir berkata benar berdasarkan Perintah Allah, mereka tidak boleh terima, kerana Kafir. Hanya mereka yang benar sekali pun bertentang dengan perintah Allah kerana mereka ISLAMIK. Agamawan seperti inilah merosakkan Agama Islam dan Umatnya.
Alasan mereka biar orang Kafir itu berkata benar mengikut perintah Allah, tiada Pahala. Seolah-olah pahala dan dosa itu mereka yang memutuskan.
Kini mereka (Agamawan) tersangat keliru mendepani suasana Politik zaman teknologi canggih. Apa tidaknya, mereka lebih percaya dengan teknologi sehingga membelakangkan ayat-ayat Al-Quran (kebenaran) bagi mereka yang benar itu (teknologi) kerana terlihat dihadapan mereka sekali dengan bukti nyata. Sedang ayat-ayat Allah itu subjektif (buktinya samar-samar) lantaran segalanya ketentuan dan kehendak Allah.
Mereka menafikan melihat dan mengetahui dimana Allah kerana Allah itu hanya WUJUD tanpa bertempat, andai Allah itu bertempat serupa dengan segala ciptaanNya. Bagaimana pula Al-Quran Surah Al-Isra ayat 72 ini
bukankah ayat ini memberi tafsiran tentang melihat akan Allah, seandainya ketika didunia lagi Umatnya tidak melihat Allah mereka akan lebih sesat lagi jalannya. Ternyata hari ini terbukti ramai yang SESAT jalannya lantaran tidak melihat Allah dan dimana Allah ketika mereka SOLAT (bersujud menyembah Allah). Patutpun ketika mereka SOLAT masih teringat Urusan Dunia mereka (tidak khysuk). Lepas SOLAT masih terus buat MUNGKAR (sedang SOLAT itu mencegah kemungkaran, semua itu disebabkan tidak melihat Allah dan tidak tahu dimana Allah. Seolah-olah Allah itu amat jauh dari mereka, walhal Allah itu amat dekat sedekat Urat leher mereka (UmatNya).Jesteru mana yang BENAR dan mana yang patut dipercayai? Melihat atau tidak melihat, bertempat atau tidak bertempat? Bagi KAMI, KAMI melihat Allah dan tahu dimana tempatNya, kerana Allah ciptakan KAMI ditempat itu dan bagaimana Allah ciptakan KAMI ditempat itu atas Nama Bismillahi Ya Rahman Ya Rahim yakni 19 Kalimah. Apa pun Hanya Allah Maha Tahu, KAMI dengan cara KAMI, tidak mungkin ikut cara KAMU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan