Ahad, 7 Disember 2014

Where are you THE BEST LEADER...?

Pernah suatu masa dulu Mahathir digelar Khalifah oleh para pengikut dan penyokongnya,   Beberapa
bulan yang sudah-sudah Anuar pula dikatakan pemimpin akhir zaman oleh para penyokong dan
pengikutnya, kenapa saya membawa cerita mereka berdua ini, kerana mereka.berdua ini seumpama Guru dengan Murid.  Mereka mempunyai Ilmu Falasafah dengan cara mereka tersendiri.  Dan kini kedua-duanya bukan lagi dalam Kerajaan yang berkuasa mengubal undang-undang apa lagi pentadbir Negara.

Namun kedua-duanya masih kuat dan mempunyai pengaruh secara tersendiri.  Bah kata orang.....
masih digeruni di gelanggang pemikiran.  Kalau saya katakan mereka ini mempunyai Ilmu Falasafah
(mungkin tidak juga keterlaluan).  Namun itu bukan topic utama:  saya sekali lagi menyentuh, bahawa perkara ini ada hubungkaitnya dengan perpecahan.  Kerana kedua-dua pemimpin beragama
Islam.  Kalau masuk lagi Tok Guru.....jadi Tiga.......jadilah pecah tiga.....? siapa yang berpecah...? ISLAM dan mungkin lebih ketara orang MELAYU.

Saya bukan orang politik apa lagi bijakpandai, cuma apabila kita kehilangan KETUA maka kita
akan mudah tewas.  Nak ikut siapa.......? paling tidak kita saling bermusuh dan mungkin terus
bermusuh,,,,,,,sedang muduh sebenar kita......hanya menanti waktu untuk menyerang kita...?  Saya
tak kisah sampai mana orang mambaca blog saya ini.....namun cerita di Negara mereka juga mungkin hampir sama....(SIAPA KETUA YANG MAHU DIIKUT).

Masalah ini hampir semua Negara di dunia.....(ITULAH PUNCA PERPECAHAN).  Kalau kita cuba
bawa cerita-cerita karut.......semua itu hanya sebagai santapan hiburan,,,,,namun hakikatnya "hanya
tunggu masanya sahaja".  Kita cerita pasal makan malam.....lepas makan hanya kenyang......namun
masalah sekeliling kita masih tetap sama......menakutkan.!.  Berita- berita TV hari ini, hampir semua
berita tidak baik......yang baik hanya berita SUKAN......itupun kalau pasukan Malaysia selalu saja
membuat kita tak senang duduk dan tonton.....?...saya kasihan penat-lelah para penyokong-penyokong Malaysia......Namun kalau menang...yang terima habuan hanya pemain saja..?

Berbudi pada tanah nampak hasilnya, berbudi pada Anjing, boleh tolong kesan penjenayah, berbudi
pada sesama manusia,,,,,sepuluh budi dibuat.....namun sekali saja tak buat.......sudah disebut tak
mengenag budi.......sudah nasib badan agaknya...?  Semangkin banyak kita berfikir....semangkin dekat kita dengan masalah (kalau saya katakan RAHSIA...boleh jadi juga).....jadi mudahlah bagi kita untuk mengatasinya.  Tapi yang sedihnya...kebanyakan kita hari ini tidak suka banyak berfikir........
main lantak saja (itu cakap kami).  Kononnya menjauhkan masalah.......mana boleh......dia pasti datang kembali......selagi belum selasai....?


RENUNG-RENUNGKANLAH

Pemimpin Pembohong: Begitu ramai hari ini, malah mengajak pengikutnya supaya turut berbohong? (gambar hanya sekadar sebagai Hiasan)


Banyak berjalan banyak pengalaman, banyak cerita banyak pembohongan.  Begitulah banyak orang cakap.  Namun bagi saya pengalamanlah menjadikan saya jadi dewasa.  Apabila banyak ilmu yang saya dapat berkat banyaknya berjalan.  Namun untuk mengatakan banyak bercakap banyak pembohongan,  setakat ini saya belum menemui jawapan tentang yang itu...?.  Namun, setakat yang saya temui apabila,  seseorang cuba menyampaikan mengenai suatu berita memang banyak yang cuba ditambah-tambah supaya sedap didengar atau dibaca.

Bercakap mengenai Malaysia Negara Islam dengan penduduknya pelbagai kaum dan agama. saya
kira masih di tahap yang rendah.  Apa tidaknya, dengan penduduk hanya seramai dalam anggaran
(2013) 27 atau 29 juta orang,  berbanding dengan Negara China yang penduduk Islamnya mencecah
lebih dari 23 juta orang.  Jelas sekali bahawa Negara China lebih ramai penduduknya beragama Islam
berbanding Malaysia.

Namun saya amat berkecil hati apabila banyak Muallaf yang berbangsa China dipandang rendah
oleh kebanyakan orang kita, bahawa mereka (orang kita) lebih baik daripada si polan.  Di sini bukan saya cuba menyakap orang lain, tetapi ini berlaku pada Ipar saya sendiri yang berbangsa China lalu memeluk Islam, namun sejak memeluk Islam dia lebih banyak tahu tentang Islam berbanding orang
kita ynag memang asalnya beragama Islam.  Dia di pandang rendah.  walhal sebenarnya orang kita sendiri yang tidak mahu tahu tentang Islam sebenar, cuma pada nama dan pakaian sahaja.

Bukan niat saya cuba mengambil pendekatan dalam tulisan saya ini untuk menyata, jauh sekali
mencaci atau menghina.  Perbuatan sebegini (seperti saya sebut di perenggan ketiga) sama seperti, apabila berjanggut dia oarng alim, kalau tiada janggut kurang alim.  Demikianlah jadinya apabila kita selalu menidakkan sesuatu semata-mata mahu menang......terbaik.

Purata perpecahan dalam Islam kni telah sampai ke tahap berbahaya. Semua itu terjadi hasil daripada
salah faham, tentang Islam sebenarnya.  Anak dan ibubapa tidak sependapat (kerana jurang ilmu yang
berbedza cara memperolehinya- Ilmu Islam).  Ini pada kelompok yang kecil.  Bagaimana kalau terjadi dalam mesyarakat, atau dalam satu-satu kumpulan demi untuk kepentingan sendiri...?

Dalam perkara ini tiada siapa yang mereka mahu dengar, kecuali mungkin hanya satu Al-Mahdi
(pemimpin akhir zaman).... Tapi bila...?  Sedangkan jika Al-Mahdi sudah adapun hari ini, sudah
pasti mereka nakkan bokti......? sedangkan Al-Mahdi tidak sama sekali menonjolkan diri apa lagi untuk mengaku bahawa dialah Al-Mahdi.   Jika ada manusia yang terang-terang mengaku sedemikian
jelas sekali dia memang bukan Al-Mahdi....!!!!!.  RENUNG-RENUNGKANLAH....!!!!

"KHABARKAN PADA MANUSIA, MENGAPAKAH MANUSIA MELIHAT PAKAIAN DAN MELIHAT JAWATAN, LALU MEMBUAT PERHITUNGAN MENGENAI DIRI MEREKA SESAMA MEREKA, SEDANG ALLAH MAHA TAHU SEMUA ITU, BAGAIMANA ALLAH MEMBERI PETUNJUK, SEDANG AL-QURAN JUGA MANUSIA ABAIKAN (YAKNI MEMBACA DAN MENGETAHUI TAPI TIDAK MENGAMALKAN, KERANA TAKUT KEHILANGAN JAWATAN ATAU PUNCA PENDAPATAN, APAKAH MANUSIA FIKIR YANG ALLAH ITU TIDAK MENDATANGKAN REZEKI KEPADA MEREKA) DENGAN TIDAK MAHU PEDULI (YAKNI PERINTAH ALLAH)."

Jumaat, 5 Disember 2014

SUATU KESEDARAN (PERINGATAN)

"Hai orang-orang yang berusia 40 tahun!


Inilah waktunya menyiap bekal, selagi ingatan kamu masih terang dan tenaga kamu masih kuat.  Wahai tuan-tuan yang sudah berumur 50 tahun, sudah dekat masa mengutip hasil.  Wahai tuan-tuan yang sudah berumur 60 tahun, kamu lupakah seksa dan lalai memberikan jawapan, sedangkan nanti tidak ada lagi yang akan menolong kamu".  Demikianlah
Malakulmaut itu setiap hari mengingatkan bani Adam.  Sambil Allah berfirman yang maksudnya:
"Bukankah kami telah memanjangkan umur kamu untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir dan (apakah tidak) telah datang kepada kamu yang mengingatkan..?" (Surah Fatir : 37).

Kehidupan memang amat seronok, apalagi dalam dunia hari ini, yang serba-serbi ada dan mudah,
sedangkan pada zaman dahulu-kala pun, manusia amat seronok untuk hidup,,,,,,kerana kehidupan
pada masa itu penuh cabaran namun penuh misteri.  Bagi saya kehidupan merupakan kesejetheraan,
oleh kerana itu saya amat gembira, jika di antara kita saling hormat menghormati dan sayang
menyayangi.  Tegur-menegur dengan kebaikan dan kesabaran.  Sesakit sepenanggungan, sepedih
sependeritaan.  Bahkata orang tua-tua, cubit paha kiri, terasa pada paha kanan.

Hakikat kehidupan di dunia hari ini (tanpa sempadan) memang terasa ada sedikit kesukaran, kerana
itulah  realiti kehidupan di bumi ALLAH.  Makanan itulah keperluan utama dalam kehidupan bersama AIR.  Namun kerana sikap "GELOJOH", ...AIR dan MAKANAN kita hari ini terlalu banyak
pencemaran.  Akibatnya datanglah pelbagai penyakit yang menyakitkan (menyeksakan). Faktor utama, kerana tiada kecukupan.  Maka kita mengambil pendekatan menggiatkan perusahaan tanpa
memikirkan kesan-kesan sampingan yang mendatang.

Bahan Kimia yang keterlaluan, juga ubat-ubatan yang moden.......banyak menyumbang kearah
sumber pemakanan yang tidak sihat.  Contoh:   Umur ayam (1990) ayam daging: 60 hari - matang,
dan kini hanya tinggal 35 hari - matang......kerana suntikkan "HORMONE dan VACCINE"....yang keterlaluan,  Contoh:  Buah Tembikai (Watermelon) :  3.5 bulan (1990) dan kini hanya 2.5 bulan sudah boleh memetikkan hasil......kerana penggunaan baja kimia (buah) yang keterlaluan.

AIR (samada Udara atau air itu sendiri) telah banyak pencemaran berlaku, hinggakan kepanasan
"GLOBAL" terasa bahangnya, apatak lagi kepadatan penduduk dunia semangkin bertambah tahun
demi tahun.  Saya bukan nak memberi komen, cuma kita yang terpaksa harus berfikir sendiri, mencari cara untuk menjadikan diri kita sihat.   Banyakkan senyum.......kerana senyum itu pahala...?

What are you waiting for........

W.............WORLD (after yes, but not yet)
A...............AUTOCRACY (now happening)
R...............RELIGIOUS (after yes, but not yet).

Gambar hanya HIASAN cuma!


Kezaliman sama juga dengan kekejaman, sekarang ini telah dan sedang berlaku di depan mata kita,
namun apa yang kita buat,  dalam tak sedar kita juga turut membantu.  Kezaliman atau kekejaman
yang nyata (jelas) dapat kita nampak, bagaimana jika kezaliman dan kekejaman itu dibuat atau
dilakukan secara bersembunyi (lontar batu sembunyi tangan).  Apa yang kita dinampakkan semuanya
kebaikkan,  padahal disebalik semua itu merupakan satu kezaliman.  Bagaimana jika akhirnya kita
tahu bahawa selama ini,  rupanya perbuatan kebaikan tersebut adalah satu kezaliman.  Paling tidak
kita hanya menyesal, namun telah banyak sudah jadi mangsa.  Bagaimana pula pada masa  sama kita juga turut mambantu melakukannya.  Wah...duh.....sakit...!!!!!!

Kalau saya mengatakan manusia hari ini "GELOJOH".......jangan marah jika saudara tidak ada
perangai semacam itu.  Apa saja dia mahu....pada hal sudah terlalu kenyang,  sedang jiran sebelah
rumah kelaparan.  Bagaikan nak memberi,  kalau ada orang yang mengasih jiran sebelah, dia minta
lagi bahagian dia.......?.. Rumah besar, kereta besar, masih lagi nak bersaing dengan orang yang hanya
naik motorsikal......dahlah motorsikalnya baru 120cc......laju manalah tu saudara...?

Yang buat saya sakit hati lagi, dia pula ketawa lagi kat kita..!!! minta pujilah tu....sebab dia mampu sedang kita dah bertahun-tahun serupa saja.  Kalau dia tahu ada peluang kena bagi dekat kita, dia tak
senang, lalu dia pasang orang dia pergi "OVER TAKE".  Manusia semacam inilah yang lebih zalim
dan kejam.  Harta dah melimpah-ruah.....duit dalam bank dah banyak angka kosong 0000000!!!!!!.tak
cukup lagi, tambah lagi...tambah lagi......macam main judi pula.

Esok, kalau dia mati....naik "MERCEDES" kah atau naik kereta "JENAJAH" hantar dia pergi kubur?
Dia mana tahu .....dah matipun....!!! betul juga...?.  Kadangkala saya buat macam ni, bukan kerana
berani, tapi geramlah.....memang geram....hai BDB betul juga lagu kau orang tu!!!!!

What are you waiting for:.......tak imam, kalau asyik duduk dekat masjid tunggu jemaah datang...!
susah......JAM (traffic jam).  Kalau nak harap JAM (Waktu atau masa) manusia tak sedar biarpun
ada jam pakai ditangan....Akhir Zaman katakan.....sebab semua orang cakap macam tuuuu....

#DHINI kezaliman:

Saat Khalifah diturunkan IHLAM ini adalah sedang menjalani IBADAH PUASA 1441H hari kedua.  Pada detik ini juga #DHINI sedang menghadapi Malapetaka #Covid19!  Dan pada ketika ini juga manusia dan #DHINI mendepani situasi begitu sukar apabila hampir 120 buah negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Movement Control Order (MCO) termasuk Negara Malaysia.

Di Malaysia #PKP akan memasuk FASA4 bermula 29 April - 12 Mei,2020 (14 hari lagi) Malah seluruh dunia juga ada beberapa buah negara melanjutkan MCO hingga bulan Mei & Jun 2020.  Sedang #DHINI tidak menyedari bahawa 130 juta manusia akan berdepan dengan kelaparan jika MCO atau PKP diteruskan hingga Bulan Mei.  Akhirnya manusia mati bukan kerana #COVID19 tapi mati kelaparan? Situasi yang lain pula menyebut hampir 22 juta bakal kehilangan kejaya?pekerjaan di America sahaja belum masuk negara-negara lain termasuk Malaysia sendiri.  Syarikat-syarikat kecil & sederhana (IKS) pula telah ramai yang gulung tikar?  Apakah ini bukan bentuk "KEZALIMAN" atau "AUTOCRACY"?

APA ITU LENGKEBU....?

LENGKEBU.........suatu kedalaman pada sungai yang tidak dapat diduga atau dicapai.  Umpama:


Apabila saya mengatakan tarikh 06/06/1990 sama dengan 03/12/2014.  Saya tak terfikir bahawa
anda bisa faham atau tidak.  Sebabnya ada satu rahsia tersembunyi di sini.  Kalau saya mengatakan
1 + 3>>>>> adakah sama 3 + 1<<<<<:  For example:   U start with 1 U got 3, while I start with 3 I got only 1.  What It"s actually....?.

Saya diperintah oleh SUARA agar berhati-hati menyampaikan mesej........biarlah, apabila sampai
masanya nanti mereka akan terfikir kembali.  Biarlah diperlekehkan,,,,,,asalkan jangan dikesalkan?
Al-Quran hanya dengan Bismillah pun ada setengah Ulama mengatakan seumpama 30 Juz Al-Quran.

Nak pandai jangan cuba-cuba.  Alif, Lam, Mim.....ada banyak Surah di dalam Al-Quran menggunakannya sebagai ayat pertama.  Adakah sama maksudnya.  Jangan cuba menunjukkan
Ayat-ayat suci Al-Quran dalam tulisan, kalau hanya tahu maksudnya sahaja......walhal pengisiannya
belum pasti tahu.  "katakan Allah itu Satu (AHAD).  Apakah itu AHAD.....?....apakah itu...SAMAD?

Tak perlu kita cuba persoalkan tentang Al-Quran......sedang Allah sendiri telah menerangkan "biar tujuh lautan dijadikan tinta menulis akan kandungan isi kitabnya Al-Quran, namun tidak akan dapat
mencukupi.  Pada Lengkebu ia hanya bergantung dengan SUARA yang telah sebati dengan diri sejak ajali (kata orang tua-tua).

Apa kamu buat hari AHAD........Apa kamu buat dengan SAMAD!!!!!!. pun bukan senang nak jawab,
kalau main-main bolehlah.....kalau betul-betul, takut pula kena azab....?

Lengkebu sebenarnya lebih arif dalam penggunaan angka daripada huruf.  Kerana angka itulah berkuasa dalam apa juga bidang ilmu,  tanpa angka tetap tak jadi,  kalau jadipun MUSNAH!!!!!.

Duit,,,,,Wang.....Nilai.......Waktu........USIA dan DUNIA (pergerakan bumi).  semua itu dicipta
berdasarkan kiraan angka.  Malah First Day In Muslim Calender is AHAD (ONE) but why now
(common use) as 7 (SUNDAY).

Khamis, 4 Disember 2014

MENGHARAP SINAR MENELAN KABUS!

23/12/2014 kita akan masuk Bulan Rabiulawal bermaksud bulan di mana bermulanya Musim Bunga,
bagi tanaman mengikut kebiasaannya di Tanah Arab pada ketika itu.  Sewaktu Bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.  Maka dari situ diambil sempena Musim
Berbunga tanaman mereka berbuah (orang Arab) Bulan Rabiulawal mendapat namanya.

Sebenarnya teman-teman, pada Bulan Rabiulawal banyak peristiwa penting berlaku, antaranya:

1) Tarikh lahirnya Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW.iaitu jatuh pada 12hb. dan
     pada tahun depan kita akan sambutnya pada 03/01/2015 (Maulidur Rasul).

2) Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW dilantik menjadi NABI DAN RASUL.

3) Tarikh hijrah - adalah tarikh tibanya Rasulullah SAW di Madinah Al- Munawwarah.

4) Wafatnya Baginda Muhammad Rasulullah SAW dan Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah

5) Pembukaan Kota IRAQ sebagai bermulanya tentera Islam, demikian juga dengan pembukaan
    Baitul Maqaddis Salahuddin Al- Ayuti.

6) Kejatuhan Empayar Kerajaan Islam Sepanyol.

Apa yang saya harapkan semoga Tahun Hadapan sebagai tahun bermulanya Musim Kedamaian,.....
kerana sudah menjadi lumrah alam.  Selepas Musim Bunga tentu ada Musim Gugur (Luruh).......
sebelum datangnya Musim Persengketaan.

Allah telah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalirkan di bawahnya sungai-sungai, mereka
kekal di dalamnya.  Itulah kemenangan yang besar (Al-Taubah: 89).  Hai orang-orang yang beriman
janganlah kamu makan harta orang lain dengan jalan yang batil (An- Nisa:29).

Sebelum saya menutup topic ini, kerana  saya bersiap sedia menjemput Kawan (beliau) selepas 
Solat Maghrib.  SUARA berpesan kalau nak cari Al-Mahdi Dail No ini: (jangan dail fikir).......
enter 191251>>>11213189@11121- SUARA.  

MENGHARAP SINAR MENELAN KABUS:.......maka cerahlah sekalian alam-maya, dengan
segala isi-isinya.  SESUNGGUHNYA PERTUKARAN MALAM DAN SIANG DAN APA YANG
DICIPTAKAN ALLAH DI LANGIT DAN BUMI MERUPAKAN TANDA (KEESAANNYA)
YUNUS: 6

BERCELARU (MANA SATU BETUL)

Bingkisan Sedutan Hati Suara


......demikianlah bila SUARA berbicara......amat tegas dan geram...
kerana baginya masa sudah banyak terbuang tanpa perjuangan.  Namun bagi saya,  satu sahaja
pendekatan yang saya nak ambil sebagaimana Firman Allah bermaksud: Janganlah kamu berdebat yakni membela orang yang mengkhianati dirinya sendiri, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang
yang khianat (Al-Nisa: 107)  juga dalam Al-Baqarah: 99 yang maksudnya: Sesungguhnya kami telah 
menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas dan tiada yang ingkar kepadanya, melainkan orang-
orang yang fasik.

Teman-teman seperjuangan;  apabila berbicara tentang kebenaran bukanlah suatu perkara yang mudah.  Pada ketika saya keluar dari Masjid selepas menunaikan Solat Jumaat.  Ramai para tetamu
Allah bercerita tentang RCI yang telah dikeluarkan Oleh Kerajaan hari kelmarin dengan harga RM100.00 senaskah.  Dari maklumat dari seorang kawan yang bertugas di sana....setakat sebentar
tadi sudah hampir 250 naskah terjual,  Cerita PTI di bumi Sabah bukanlah sesuatu yang baharu, bagi
saya yang bodoh ini, ianya sudah basi , nak makanpun boleh jadi muntah.  Saya lebih tertarik pula dengan cerita PTI (Penduduk Tiada Identiti) di Bumi Sabah mencecah 20%.....padahal mereka-mereka ini kebanyakannya penduduk Asli Bumi Sabah dari sejak NORTH BORNEO.

Mereka seolah-olah terlepas pandang akan hal ini, sehingga segala masa mereka asyik dengan PTI
(pendatang tanpa izin).  Wahai para KETUA , kasihani lah kami, jangan sampai anak cucu kami nanti
jadi melarat di Bumi Sendiri. Bah kata pepatah "tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat
bermanja".  Barangkali ada "Udang di sebalik batu, maka bila lontar batu sembunyikan tangan".

Biarkan mereka, takut nanti SUARA kembali kawal segala minda dan diri saya.....habislah saya. Nak
tulis yang baik-baik jadi tak baik, sebagaimana maksud Firman Allah: "dan janganlah kamu hampiri perbuatan yang keji, baik yang lahir mahupun yang batin (Al-An"nam: 151).  Teman-teman di sana, ada sebuah cerita purba mengenai "orang BUNIAN berkahwin dengan manusia biasa - seorang lelaki
miskin).  Cerita ini banyak kisah tauladan......andai saya punya kesempatan di lain waktu (jika ingat),
akan saya cuba ceritakan.

"masih ingatkah bagaimana Tun. Mahathir memecah-belahkan Rakyat Sabah (PBS disabong oleh Tun. M dengan USNO) pantas wujud Parti Berjaya yang dipemimpin Oleh Datuk Harris Sallah (hingga tercetus tragedi Double 6 (66) ) hingga Sabah kehilangan Pulau Labuan".

"Kini Tun M memecah-belahkan suku kaum SULUK dengan melebarkan sayap BERSATU di Sabah,  hingga Datuk Lajim beria-ia sangat membubarkan Partinya sendiri (siapa Datuk Lajim sebenarnya), Datuk Lajim mengguna pakai lebih 1000 penggundi Kaum Suluk dipindah ke kawasan Pilihan Raya Datuk Lajim Ukim.?"

"Kisah ini diguna pakai Oleh Dtuk Musa Aman ketika menjadi Ketua menteri Sabah, yang banyak memindahkan pengunsi kaum Suluk dari Sandakan ke Sipitang bagi kemenangan BN bagi Palimen Sipitang>??"