Ahad, 7 Disember 2014

RENUNG-RENUNGKANLAH

Pemimpin Pembohong: Begitu ramai hari ini, malah mengajak pengikutnya supaya turut berbohong? (gambar hanya sekadar sebagai Hiasan)


Banyak berjalan banyak pengalaman, banyak cerita banyak pembohongan.  Begitulah banyak orang cakap.  Namun bagi saya pengalamanlah menjadikan saya jadi dewasa.  Apabila banyak ilmu yang saya dapat berkat banyaknya berjalan.  Namun untuk mengatakan banyak bercakap banyak pembohongan,  setakat ini saya belum menemui jawapan tentang yang itu...?.  Namun, setakat yang saya temui apabila,  seseorang cuba menyampaikan mengenai suatu berita memang banyak yang cuba ditambah-tambah supaya sedap didengar atau dibaca.

Bercakap mengenai Malaysia Negara Islam dengan penduduknya pelbagai kaum dan agama. saya
kira masih di tahap yang rendah.  Apa tidaknya, dengan penduduk hanya seramai dalam anggaran
(2013) 27 atau 29 juta orang,  berbanding dengan Negara China yang penduduk Islamnya mencecah
lebih dari 23 juta orang.  Jelas sekali bahawa Negara China lebih ramai penduduknya beragama Islam
berbanding Malaysia.

Namun saya amat berkecil hati apabila banyak Muallaf yang berbangsa China dipandang rendah
oleh kebanyakan orang kita, bahawa mereka (orang kita) lebih baik daripada si polan.  Di sini bukan saya cuba menyakap orang lain, tetapi ini berlaku pada Ipar saya sendiri yang berbangsa China lalu memeluk Islam, namun sejak memeluk Islam dia lebih banyak tahu tentang Islam berbanding orang
kita ynag memang asalnya beragama Islam.  Dia di pandang rendah.  walhal sebenarnya orang kita sendiri yang tidak mahu tahu tentang Islam sebenar, cuma pada nama dan pakaian sahaja.

Bukan niat saya cuba mengambil pendekatan dalam tulisan saya ini untuk menyata, jauh sekali
mencaci atau menghina.  Perbuatan sebegini (seperti saya sebut di perenggan ketiga) sama seperti, apabila berjanggut dia oarng alim, kalau tiada janggut kurang alim.  Demikianlah jadinya apabila kita selalu menidakkan sesuatu semata-mata mahu menang......terbaik.

Purata perpecahan dalam Islam kni telah sampai ke tahap berbahaya. Semua itu terjadi hasil daripada
salah faham, tentang Islam sebenarnya.  Anak dan ibubapa tidak sependapat (kerana jurang ilmu yang
berbedza cara memperolehinya- Ilmu Islam).  Ini pada kelompok yang kecil.  Bagaimana kalau terjadi dalam mesyarakat, atau dalam satu-satu kumpulan demi untuk kepentingan sendiri...?

Dalam perkara ini tiada siapa yang mereka mahu dengar, kecuali mungkin hanya satu Al-Mahdi
(pemimpin akhir zaman).... Tapi bila...?  Sedangkan jika Al-Mahdi sudah adapun hari ini, sudah
pasti mereka nakkan bokti......? sedangkan Al-Mahdi tidak sama sekali menonjolkan diri apa lagi untuk mengaku bahawa dialah Al-Mahdi.   Jika ada manusia yang terang-terang mengaku sedemikian
jelas sekali dia memang bukan Al-Mahdi....!!!!!.  RENUNG-RENUNGKANLAH....!!!!

"KHABARKAN PADA MANUSIA, MENGAPAKAH MANUSIA MELIHAT PAKAIAN DAN MELIHAT JAWATAN, LALU MEMBUAT PERHITUNGAN MENGENAI DIRI MEREKA SESAMA MEREKA, SEDANG ALLAH MAHA TAHU SEMUA ITU, BAGAIMANA ALLAH MEMBERI PETUNJUK, SEDANG AL-QURAN JUGA MANUSIA ABAIKAN (YAKNI MEMBACA DAN MENGETAHUI TAPI TIDAK MENGAMALKAN, KERANA TAKUT KEHILANGAN JAWATAN ATAU PUNCA PENDAPATAN, APAKAH MANUSIA FIKIR YANG ALLAH ITU TIDAK MENDATANGKAN REZEKI KEPADA MEREKA) DENGAN TIDAK MAHU PEDULI (YAKNI PERINTAH ALLAH)."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan