Kebetulan tadi malam aku terjumpa dengan Mansor ketika solat Isyak di Masjid Bandaraya, Mansor
menegur aku, sedang aku tidak nampak akan dirinya. Aku terkejut, lalu kami duduk minum
di sebuah Restoran dekat dengan Masjid Bandaraya. Kami pun bercerita pelbagai topik semasa,
sehingga tersentuh dengan blog ku sendiri.
Mansor menasihatkan aku berhenti. Menurut Mansor itu hanya sia-sia dan buang masa, kerana
hasilnya tidak sampai ke matlamat sebenar. " Dalam penglihatan ku, tulisan mu dalam blog hanya
sekadar mesej yang tidak berharga. Percayalah untuk mengatakan kebenaran memang terlalu
payah dan meletihkan. Manusia hari ini terlalu seronok dengan dunia mereka.". Begitulah bantah
Mansor. Sambongnya lagi..."tetap saja mereka percaya itu perkara biasa berlaku, sedikitpun mereka
tidak akan sedar, bahawa itu adalah tanda-tanda Allah memberi peringatan kepada mereka."
"Ego telah mengatasi kebenaran, walhal semua tulisan mu telahpun menyatakan pelbagai topik
yang jelas, namun sejauhmana mereka menyampaikan atau membacanya, kerana mereka mensifatkan tulisan mu hanya sekadar dipinggiran". Aku terasa juga, lalu aku cuba membayangkan
satu persatu dalam tulisanku hampir kini telah banyak terjadi. "paling tidak mereka menyatakan itu
hanya sekadar kebetulan". Celah Mansor lagi.
"lagi kau kena ingat, mereka ada kuasa dan ilmu MODERN , tetap saja mereka akan menyekatkan
setiap pergerakan kamu, kerana mereka takut kehilangan pengaruh, apalagi jika perkara yang benar". terang Mansor lagi. "tunggu sajalah, biarkan semua itu nanti akan jadi sesalan dan
kemusnahan, bukan kamu juga yang rugi, Allah tahu apa yang telah kamu lakukan". Mansor benar-
benar membantah, supaya aku berhenti menulis blog.
Pada hari ini 9 JUN, 2016, Aku diPERINTAHkan oleh ALLAH mengulangi mengirim kembali MEMORI ini, sekali pun telah lama berlalu iaitu pada 30 Disember, 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan