Rabu, 3 Disember 2014

SIFAT MANUSIA

Sifat Manusia Rasulullah S.A.W. bersabda:  Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak-anak Adam, dan begitu juga MALAIKAT ada bisikanya.  Adapun bisikan syaitan itu ialah mengalak
supaya manusia melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran dan bisikan MALAIKAT pula
ialah mengalakan supaya manusia mengamalkan kebaikan dengan menyakini kebenaran NYA.  Oleh
itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah dia bersyuklur kepada Allah dan sesiapa
ynag terasa bisikan yang satu lagi. maka hendaklah dia memohon perliundungan dari Allah angkara
syaitan.

Orang yang beriman, dengan budi pekerti yang baik, akan dapat mencapai MARTABAT setaraf dengan orang yang tekun bersolat di malam hari dan berpuasa di siang hari...(HR Abu Daud).  Saya
agak terkilan apabila diundang dalam satu Majlis Hari Jadi seorang bergelar KETUA dengan tidak
ada sebarang DOA melainkan PESTA (tak perlu diurai).  Sebenarnya saya cukup terbuka jika bukan
seAgama dan seBangsa dengan saya......tapi saya amat sensitif jika ia serupa dengan saya.

Saya tidak pernah menafikan sebarang Budaya.....malah saya sendiri boleh bercampur-baur dengan
segala macam Budaya dan Bangsa.  Cuma tolong jangan lupa siapa diri kita sebenarnya.  Biarpun
sudah jadi pemimpin dengan pelbagai bangsa dan budaya, namun peliharalah terlebih dahulu diri
sendiri.  Saya juga ada MY ONE MALAYSIA, namun kami saling hormat dan menghormati antara
satu dengan yang lain.

Esok saya akan mengatakan mengenai satu lagi rahsia dari "SUARA"......mengenai suatu cerita yang mungkin belum pernah tertulis dan terbaca oleh saudara-saudara sekalian.

Seorang teman lama (orang India) telefon saya semalam, yang beliau sudah sampai ke Negeri saya.
Sudah lama kami tak jumpa, semenjak beliau (saya guna beliau, kerana saya amat mengkagumi
cara beliau berkawan) di tukarkan bertugas balik ke Negeri Asal.  Mungkin selepas topic ini saya
akan mengundang beliau.......SELAMAT!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan