Khamis, 4 Disember 2014

MENGHARAP SINAR MENELAN KABUS!

23/12/2014 kita akan masuk Bulan Rabiulawal bermaksud bulan di mana bermulanya Musim Bunga,
bagi tanaman mengikut kebiasaannya di Tanah Arab pada ketika itu.  Sewaktu Bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.  Maka dari situ diambil sempena Musim
Berbunga tanaman mereka berbuah (orang Arab) Bulan Rabiulawal mendapat namanya.

Sebenarnya teman-teman, pada Bulan Rabiulawal banyak peristiwa penting berlaku, antaranya:

1) Tarikh lahirnya Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW.iaitu jatuh pada 12hb. dan
     pada tahun depan kita akan sambutnya pada 03/01/2015 (Maulidur Rasul).

2) Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW dilantik menjadi NABI DAN RASUL.

3) Tarikh hijrah - adalah tarikh tibanya Rasulullah SAW di Madinah Al- Munawwarah.

4) Wafatnya Baginda Muhammad Rasulullah SAW dan Abu Bakar dilantik menjadi Khalifah

5) Pembukaan Kota IRAQ sebagai bermulanya tentera Islam, demikian juga dengan pembukaan
    Baitul Maqaddis Salahuddin Al- Ayuti.

6) Kejatuhan Empayar Kerajaan Islam Sepanyol.

Apa yang saya harapkan semoga Tahun Hadapan sebagai tahun bermulanya Musim Kedamaian,.....
kerana sudah menjadi lumrah alam.  Selepas Musim Bunga tentu ada Musim Gugur (Luruh).......
sebelum datangnya Musim Persengketaan.

Allah telah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalirkan di bawahnya sungai-sungai, mereka
kekal di dalamnya.  Itulah kemenangan yang besar (Al-Taubah: 89).  Hai orang-orang yang beriman
janganlah kamu makan harta orang lain dengan jalan yang batil (An- Nisa:29).

Sebelum saya menutup topic ini, kerana  saya bersiap sedia menjemput Kawan (beliau) selepas 
Solat Maghrib.  SUARA berpesan kalau nak cari Al-Mahdi Dail No ini: (jangan dail fikir).......
enter 191251>>>11213189@11121- SUARA.  

MENGHARAP SINAR MENELAN KABUS:.......maka cerahlah sekalian alam-maya, dengan
segala isi-isinya.  SESUNGGUHNYA PERTUKARAN MALAM DAN SIANG DAN APA YANG
DICIPTAKAN ALLAH DI LANGIT DAN BUMI MERUPAKAN TANDA (KEESAANNYA)
YUNUS: 6

Tiada ulasan:

Catat Ulasan