Khamis, 4 Disember 2014

BERCELARU (MANA SATU BETUL)

Bingkisan Sedutan Hati Suara


......demikianlah bila SUARA berbicara......amat tegas dan geram...
kerana baginya masa sudah banyak terbuang tanpa perjuangan.  Namun bagi saya,  satu sahaja
pendekatan yang saya nak ambil sebagaimana Firman Allah bermaksud: Janganlah kamu berdebat yakni membela orang yang mengkhianati dirinya sendiri, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang
yang khianat (Al-Nisa: 107)  juga dalam Al-Baqarah: 99 yang maksudnya: Sesungguhnya kami telah 
menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas dan tiada yang ingkar kepadanya, melainkan orang-
orang yang fasik.

Teman-teman seperjuangan;  apabila berbicara tentang kebenaran bukanlah suatu perkara yang mudah.  Pada ketika saya keluar dari Masjid selepas menunaikan Solat Jumaat.  Ramai para tetamu
Allah bercerita tentang RCI yang telah dikeluarkan Oleh Kerajaan hari kelmarin dengan harga RM100.00 senaskah.  Dari maklumat dari seorang kawan yang bertugas di sana....setakat sebentar
tadi sudah hampir 250 naskah terjual,  Cerita PTI di bumi Sabah bukanlah sesuatu yang baharu, bagi
saya yang bodoh ini, ianya sudah basi , nak makanpun boleh jadi muntah.  Saya lebih tertarik pula dengan cerita PTI (Penduduk Tiada Identiti) di Bumi Sabah mencecah 20%.....padahal mereka-mereka ini kebanyakannya penduduk Asli Bumi Sabah dari sejak NORTH BORNEO.

Mereka seolah-olah terlepas pandang akan hal ini, sehingga segala masa mereka asyik dengan PTI
(pendatang tanpa izin).  Wahai para KETUA , kasihani lah kami, jangan sampai anak cucu kami nanti
jadi melarat di Bumi Sendiri. Bah kata pepatah "tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat
bermanja".  Barangkali ada "Udang di sebalik batu, maka bila lontar batu sembunyikan tangan".

Biarkan mereka, takut nanti SUARA kembali kawal segala minda dan diri saya.....habislah saya. Nak
tulis yang baik-baik jadi tak baik, sebagaimana maksud Firman Allah: "dan janganlah kamu hampiri perbuatan yang keji, baik yang lahir mahupun yang batin (Al-An"nam: 151).  Teman-teman di sana, ada sebuah cerita purba mengenai "orang BUNIAN berkahwin dengan manusia biasa - seorang lelaki
miskin).  Cerita ini banyak kisah tauladan......andai saya punya kesempatan di lain waktu (jika ingat),
akan saya cuba ceritakan.

"masih ingatkah bagaimana Tun. Mahathir memecah-belahkan Rakyat Sabah (PBS disabong oleh Tun. M dengan USNO) pantas wujud Parti Berjaya yang dipemimpin Oleh Datuk Harris Sallah (hingga tercetus tragedi Double 6 (66) ) hingga Sabah kehilangan Pulau Labuan".

"Kini Tun M memecah-belahkan suku kaum SULUK dengan melebarkan sayap BERSATU di Sabah,  hingga Datuk Lajim beria-ia sangat membubarkan Partinya sendiri (siapa Datuk Lajim sebenarnya), Datuk Lajim mengguna pakai lebih 1000 penggundi Kaum Suluk dipindah ke kawasan Pilihan Raya Datuk Lajim Ukim.?"

"Kisah ini diguna pakai Oleh Dtuk Musa Aman ketika menjadi Ketua menteri Sabah, yang banyak memindahkan pengunsi kaum Suluk dari Sandakan ke Sipitang bagi kemenangan BN bagi Palimen Sipitang>??"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan