Sebuah cerita orang kaya-raya (jutaan) telah menawarkan wang sebanyak RM 50.000.00 pada
seorang ibu miskin, lantaran anak lelaki jutaan tadi telah melakukan zina dengan anak perempuan
ibu miskin tadi hingga mengandung. Tujuan jutaan itu bagi maksud menutup kemaluan tingkahlaku
anak lelakinya yang kurang ajar itu.
Ibu miskin itu menolak, apa yang ibu itu mahu, cukup hanya mengakui dan mengkhawini anak gadisnya, selepas itu biar ibu itu sendiri yang menjaganya tanpa perlu apa-apa yang lain. Dengan
sombong jutaan itu memcampak sekeping cek bernilai RM50,000.00 kepada siibu miskin tadi, lalu si ibu memunggutnya dan membuangnya pula ke tong sampah sambil berlalu.
Melihat cek itu dibuang ke tong sampah. Jutaan tadi terpaksa mengorek tong sampah itu, untuk
mendapatkan ceknya semula. BETAPA HINANYA JUTAAN ITU. SANGGUP MENGOREK
TONG SAMPAH LANTARAN RM 50,000.00. Kalau memang pun cek itu tidak bernilai bagi jutaan
itu, perlu apa lagi jutaan itu ambil semula, biarlah orang lain yang melihat di sana mengambilnya.
Menutup perbuatan HINA sanggup jadi TERHINA, Kisah benar hasil usaha penulis dalam mencari
realiti kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan