Maafkan lah hamba, kerana tidak dapat memberikan lebih banyak maklumat tentang diri hamba, kerana ini adalah atas permintaan SUARA. Delima diri hamba dua dalam satu, adalah suatu yang
penuh rahsia, Mungkin tahun hadapan atau sebelum tahun 2020 para pembaca akan tahu juga
akhirnya. Buat masa sekarang biarlah hamba hanya menulis sekadar yang boleh, namun masa
mungkin tidak terlalu lama lagi bagi hamba untuk mengundur diri.
SUARA telah maklumkan pada hamba, biarpun hanya seorang sahaja yang membaca blog ini, dah cukup bagi hamba menjalankan kewajipan hamba. Sejauh mana (seramai atau sebanyak) mana manusia tahu akan kewujudan blog hamba, itu bukan perkara UTAMA, yang paling penting hamba telahpun menjalankan tanggongjawab hamba pada kehidupan manusia AKHIR ZAMAN.
Samaada pembaca blog ini menyebarkan pada kawan-kawan atau keluarga, bah kata SUARA,
pahalanya mereka juga yang dapat (hasil maklumat yang disebarkan mungkin sedikit sebanyak
dapat membantu, dalam keadaan situasi akan datang). Apabila hamba pergi, tidak mungkin lagi hamba kembali (mungkin blog ini hanya tinggal buat kenangan bersama), Tugas hamba sebenarnya
ada di DUNIA NYATA. Malah buat masa kini hamba telahpun bersiap-siap untuk menunggu
perintah ALLAH.
Kalau AMERICA ada "LEGEND OF ZORRO". memakai topeng untuk menghindari agar orang tidak mengenali siapa dirinya sebenar. Hamba juga demikian, tapi hamba tidak bertopeng, hamba
hanya ada KUASA SUARA untuk berjuang kerana DUNIA. Hamba bukan seperti pejuang yang mahu dikenali seperti "OSAMA BEN LADIN" juga bukan seperti "SADDAM HUSSIEN" yang
hanya suara besar tapi akhirnya terbiar (tak seorang pun yang cuba menyelamatkan baginda).
Hamba hanya musafir kelana (musafir di bumi Allah)....kerana Allah pinjamkan dunia ini pada hamba untuk sementara......hamba tak tahu pula manusia-manusia lain (mungkin mereka kekal
selama-lamanya). Dokumen yang ada di dunia ini, tidak menjaminkan kita masuk syurga, masuk syurga tidak pakai "PASSPORT".
Kalau usia dah 40 ke atas masih belum kenal dirinya, kena belajarlah berfikir. Yang muda pula jangan tunggu hari tua baru mahu sedar. yang kaya pula jangan tunggu hari miskin baru mahu
menyesal...yang sihat pula jangan bilang tidak pernah sakit.....yang hidup pula jangan fikir bahawa
dunia ini miliknya selama-lama.....yang tak sibuk jangan tunggu masa sibuk baru nak sembahyang.
Ampunlah kami ya Allah atas kelalaian kami, sesungguhnya ENGKAUlah yang Maha Pengampun.
"berkata Allah, Khabarkan kepada Dunia dan manusia, CONTOH yang sebaik-baiknya kamu ikuti, bagaimana mereka bersaudara (TURKI dan UKRAINE) TANPA MENGGUNAKAN PASSPORT".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan