Selepas mendapat cucu, barulah saya mula belajar tentang anak. Mungkin sewaktu jadi bapa tiada
masa nak belajar, maklum sajalah sibuk cari nafkah. Pada waktu ini, barulah ingat segala pesan ibu,
semasa menjaga saya waktu kecil-kecil dulu. Namun kini ibu sudah tiada lagi. Melihat karenah para
cucu yang memiliki perwatakan berbedza-bedza, barulah sedar bukan mudah menjaga anak. Apabila
anak-anak saya mengeluh melihat perangai anak-anak mereka, sayapun bercakap pada anak-anak saya, demikianlah keadaan kamu dulu sebagaimana ayah dan ibu membesarkan kamu. Jika kamu rasa kesusahanya (keupayaan) memelihara dan membesarkan anak-anak kamu, hari ini giliran kamu
pula menanggungnya. Demikianlah putaran hidup. Dalam pada itu saya mula menyedari akan kisah
seorang sahabat bernama Mansor. Apabila Mansor menceritakan pada saya tentang dirinya, saya
memang kurang percaya, namun kini, saya mula sedar bahawa Mansor berkata benar....!
Bermulalah cerita. Sewaktu Mansor masih kecil, ayah dan ibunya telahpun bercerai. Mansor dibesarkan oleh datuk dan neneknya sebelah ibu. Waktu itu umur Mansor dalam lingkungan tiga atau empat bulan., mengikut cerita datuknya. Ketika umur Mansor tiga tahun, berlaku satu kejadian..!
atuk...tadi Mansor jumpa seekor ular berwarna hijau dekat pokok pinang itu.....tunjuk Mansor pada sepohon pinang yang tumbuh dekat depan rumah. Datuknya diam saja.
ular itu sedang bertelor.....banyak telornya..sambong Mansor.
Apa,...! ular sedang bertelor....mari-mari, kita tengok. Ajak datuknya kepada Mansor. Mereka pun pergi melihat ular bertelor seperti yang Mansor certiakan pada atuknya. Sebaik sampai ke pohon pinang itu, Bukan saja ularnya tidak ada, malah telor ular itu pun juga tiada.
kamu tipu atuk...! Atuknya marah pada Mansor.
tidak...tidak tuk, Mansor memnag nampak jelas tadi...?
Ah.....sudahlah tu....kamu tu selalu begitu. Atuknya meninggalkan Mansor sendirian.
Tuk, tuk......panggil Mansor
Ada apa lagi? tanya atuknya sambil berhenti dan melihat pada Mansor seperti ketakutan. Atuknya
menghampiri Mansor...,dan pada masa itu ternyata ular itu masih ada dengan telor-telornya. Atuknya
beristigihafar dalam hati.
Mari.....tinggalkan ular itu, ikut atuk. Tangan Mansor ditarik oleh atuknya sambil mereka pun beredar.
Kisah pelik Mansor banyak terjadi dalam hidupnya, namun untuk mencurahkan cerita hidupnya, pada sesiapa, Mansor rasa malu dan keliru. Namun atuk dan nenknya sangat arif tentang diri Mansor,
tapi kedua-duanya sudah tiada. Sebab itu bila Mansor nak ceritakan pada keluarga yang lain, takut Mansor mereka tak percaya. Bersambong pada tajuk akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan